Laman Utama

Pernah Dikecam Poster Buruk & Isu ‘Anti Vaksin’ Rita Rudaini, Pihak Produksi Tampil Perjelas Isu Sebenar - “Penggambaran Dijalankan Pada…”

Hanafis Haris
09/11/2021
08:55 MYT

Biarpun belum ditayangkan, filem Rumah Madu Ku Berhantu sudah mula meraih tumpuan ramai apabila penghasilan posternya dikritik hebat.

Ada yang mendakwa tiada selera untuk melihat poster tersebut dan tidak kurang juga yang kesal apabila penghasilan itu dibuat sekadar ‘tangkap muat’.

Paling teruk, poster itu turut dikaitan dengan fahaman anti-vaksin apabila seorang daripada pelakonnya adalah Rita Rudaini.

BACA: “Ni Lebih Kepada Lembu Kacuk B*B*” - Rita Rudaini Bengang YouTuber Sengaja Ubah Nama Filem Jadi ‘Anti Vaksin’

Enggan isu tersebut berlarutan, pihak produksi filem tersebut tampil memperjelaskan beberapa perkara.

Menurut kenyataan dikeluarkan, Mutimedia Film Productions menegaskan bahawa syarikat produksi mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang menjalankan aktiviti penggambaran Rumah Madu Ku Berhantu.

Filem arahan Dato Profesor Dr A Razak Mohaideen itu juga telah mendapat kelulusan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasioal Malaysia (FINAS) untuk menjalankan penggambaran sepanjang bulan April 2021.

Malah, semua kru produksi dan pelakon Rumah Madu Ku Berhantu telah mengikuti SOP sepanjang tempoh penggambaran berlangsung.

Jelas kenyataan itu lagi, poster Rumah Madu Ku Berhantu yang tular di media sosial baru-baru ini adalah rekaan pertama dan pihak produksi akan mengeluarkan poster baharu dalam masa terdekat ini.

“Multimedia Film Productions menerima baik semua maklum balas netizen mengenai isu terbabit.

“Pihak kami berharap Rumah Madu Ku Berhantu yang mengetengahkan genre komedi seram dapat menceriakan semua rakyat Malaysia ketika negara ini sudah 2 tahun dilanda pandemik Covid-19,” kata kenyatan tersebut.

Difahamkan, filem Rumah Madu Ku Berhantu dibintangi barisan pelakon hebat Zizan Razak, Rita Ruidani, Nadia Brian, Azlee Senario, Saiful Apek dan Douglas Lim.

Rumah Madu Ku Berhantu adalah filem pertama di bawah kempen Jom #SapotLokal Filem 2021 yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 2 Disember 2021.

Selain Rumah Madu Ku Berhantu, terdapat lima filem lain di bawah kempen Jom #SapotLokal Filem 2021 iaitu Air Force The Movie, Biko, Rasuk, Wayang Puaka, dan 3 Janda.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

gempak
25/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Zizan Razak mengakui banyak menerima DM dan mesej daripada kenalan serta peminat mengenai namanya yang didakwa diletakkan dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine.
Filem

Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”

gempak
25/07/2024
04:50 MYT
Walaupun filem Zim Zim Ala Kazim mendapat kutipan melebihi RM3 juta namun penyanyi dan pengarah, Mawi, 43, juga tidak terlepas daripada menerima kritikan.
Filem

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

gempak
18/07/2024
09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.
Filem

"Saya Bangga Bawa Cerita & Bakat Asia" - Ratu Cantik Malaysia Buka Langkah Di Hollywood

gempak
18/07/2024
08:55 MYT
Ratu Cantik kelahiran Malaysia, Rachel Tan berbangga dapat membawa kisah dan bakat ke persada perfileman Hollywood.
Filem

Penuh Dengan Warna-Warni Budaya, Ini 5 Filem Yang Mengetengahkan Realiti Berbilang Kaum Di Malaysia!

gempak
16/07/2024
13:55 MYT
Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang kaum. Didominasi oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, perkara ini memberi kesan besar dalam sektor perfileman tanah air.