Hiburan

Pernah Jalin Hubungan Dengan Lelaki, Jason Mraz Dedah Pengalaman Sangsi Dengan Seksualiti

gempak
Kamaruddin Razal
25/07/2018
13:42 MYT
Sponsor Banner
Pernah Jalin Hubungan Dengan Lelaki, Jason Mraz Dedah Pengalaman Sangsi Dengan Seksualiti
Penyanyi Jason Mraz mendedahkan dia pernah berasa sangsi dengan keinginan seksualiti beberapa tahun yang lalu.
Ketika itu, Jason masih seronok dengan pengalaman menjalin hubungan bersama lelaki walaupun sudah bercinta bersama isterinya, Christina Carano.
Penyanyi yang popular dengan lagu I'm Yours ini berkata, sebelum berkahwin dengan Christina, wanita itu banyak membantu untuk memahami daya tarikannya kepada lelaki dan perempuan.
"Isteri saya mengatakan saya seorang individu yang mempunyai 'dua roh' kerana saya suka lelaki dan perempuan," kata Jason.
Jason juga pernah menulis puisi cinta untuk Billboard dan terdapat satu ayat di dalam puisi cinta itu mengukuhkan lagi bahawa dirinya seorang biseksual tetapi dia menidakkan perkara terbabit.
"Secara jujur, saya tidak menyedari mengatakannya begitu," katanya lagi.
Jason dan Christina mendirikan rumah tangga pada Oktober 2015 selepas empat tahun bercinta.
Teks: Noor Zulaikha Yusof Sumber: UsMagazine
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live