Bangun pagi-pagi,
tamu dah menanti
Bukan nak minum kopi
tapi nak tanya pasal subsidi

Hai belum sempat sarapan
dah ada satu panggilan
Kaum kerabat orang kanan
nak minta surat sokongan

Jam baru pukul lapan YB kena lawat kawasan
Tapi di tengah jalan pengundi tahan minta bantuan
Disambut dengan kompang ayam itik banyak lah tumbang
Kemudian ditunjuk jalan berlubang disuruh YB segera timbang

Pada waktu tengahari ada pula jemputan kenduri
Kalau YB tak pergi silap-silap nanti kurang undi
Hai dalam sibuk-sibuk orang sakit YB jenguk
Hai teruk ke tak teruk poket tetap YB kena seluk

Ketika awal petang
ada satu sidang
YB tak boleh tak datang
takut nanti kerusi terbang

Sebelum senja YB ke padang bola
YB dijemput sampaikan piala
Sambil itu mereka bertanya
jersey baru kami macamana

Bila malam tiba
ceramah jadi agenda
Kalau YB tak bersedia
kena tanya mungkin kes nanya

Bila habis berceramah
kampung lain YB singgah
Bukan sekadar menjengah
tapi nak tinjau masaalah

Walau dah lenguh badan
YB balik ke cawangan
Ditanya orang harapan
apakah strategi lawan

Lewat malam digerai tepi jalan
YB berembun melayan kawan-kawan
Dengar pendapat dengar pandangan
sambil itu kenalah belanja makan

Sewaktu YB balik
burung hantu pun rasa pelik
Isteri sendiri dan tak larat celik
anak-anak pun dah lama tergolek

Selepas YB mandi YB belek itu dan ini
kemudian picit-picit jari sendiri
cari jalan nak tolong pengundi
Hingga dinihari YB tak tidur lagi
Esok pagi-pagi dah ada tamu menanti .......................... Assalamualaikum YB