Kisah hidup dan perjalanan karier Luna Maya tidak semuanya berjalan mulus.
Terutama pada saat berada dalam fasa usia 20-an. Putus cinta termasuk kontroversi skandal seks dengan mantan kekasihnya, Ariel Noah memberi impak yang sangat buruk dalam kehidupan serta kariernya.
Hal itu diakui sendiri oleh bintang terkenal Indonesia tersebut. Malah, Luna mengaku sempat mengalami gangguan mental yang dikenali sebagai Post Power Syndrome.
Pendedahan itu dibuat sewaktu dia menjadi tetamu saluran YouTube Denny Sumargo.
“Saya sempat mengalami gangguan mental yang namanya post power syndrome. Ia seperti fasa di mana anda yang punya banyak power, tiba tiba kehilangannya.
“Kan macam gila, saya (Luna Maya) sebelumnya adalah seseorang yang mempunyai segalanya. Dipuja dan tiba tiba dikeji lalu menjadi bukan siapa siapa,” akuinya seperti laporan Kompas.
Tambah Luna, keadaan bertambah buruk kerana dia harus berjuang untuk mempertahankan karier yang mula kehilangan kepercayaan.
Katanya, tidak dapat dibayangkan saat karier sedang memuncak dengan usia 20an, dia harus kehilangan tawaran pekerjaan. Selama setahun Luna mengaku dia menganggur.
“Ini perjuangan yang sangat parah ya,” katanya.
Lantaran tidak mempunyai tawaran pekerjaan bukan sahaja lakonan tetapi dunia peragaan, Luna melakukan alternatif dengan membuka perniagaan. Dia juga berasa dirinya mungkin sudah tidak diperlukan industri hiburan.
Meski sempat mengalami zaman gelap dan kejatuhan yang teruk, kehidupan Luna kini jauh lebih baik. Kariernya kembali bersinar dan kehidupannya juga berjalan lebih lancar.
“Terima kasih Tuhan, banyak peristiwa yang telah terjadi dalam hidup saya,” katanya.
Saat ini, kata Luna jika membaca gosip atau berita liar tentang dirinya, dia menyifatkan semua itu sebagai publisiti.
“Mungkin ada yang melihat Luna sebagai hina kerana banyak hal negatif yang terjado dalam hidup saya.
“Tapi somehow, I really love my life." katanya.
Luna Maya pun menjelaskan bahwa kini dirinya masih terus belajar untuk menjalani hidup dengan positif.
Dia mengaku kini dirinya hanya "tertawa" kala mendengar gosip soal dirinya.
Maliah Surip
Sun Jun 05 2022
“Bahagianya Dapat Jiran Macam Ni” - Penduduk Berbilang Kaum Turut Sama Join Vibe Raya, Siap Tolong Pasang Hiasan
Best dapat jiran sporting macam ni kan.
Abang Tesla Mahu Bantu Datuk Red Bina Perniagaan & Langsaikan Hutang - “Saya Terpanggil…”
Abang Tesla nak bantu Datuk Red.
PM Anwar Beri Bayangan Tiada 'Cuti Tambahan' Sempena Sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri memberi bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri April depan.
Datin Patimah Akui Kembali Gembira Tahun Ini - “Alhamdulillah, Saya Lebih Sihat…”
Isteri kepada pengarah Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail mengakui kesihatannya bertambah baik sepanjang melalui bulan Ramadan pada tahun ini.
Farez Adnan Nafi Ciplak Lagu Raya Aliff Syukri – “Saya Bayar Lebih Daripada Datuk”
Kecoh baru-baru ini mengenai kes lagu raya usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa telah diciplak oleh penyanyi dan komposer lain.
Aliff Syukri Tak Puas Hati Penyanyi Lain Ciplak Lagu Raya? – “Orang Tetap Nak Dengar Suara Saya”
Usahawan sensasi, Dato Aliff Syukri meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa seorang penyanyi lain telah mencuri lagu raya nya yang berjudul Chu Ku Chuk Raya.
Firdaus Wong Lapor Polis Ugutan Bunuh, Pukul & Fitnah
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat enam laporan setelah menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah melibatkan dirinya serta keluarga di Balai Polis Wangsa Maju pada Rabu.
Muat Naik Gambar Di Gunung Kinabalu, Instagram Lee Min Ki Dibanjiri Komen Peminat Tempatan
Pelakon popular Korea Selatan, Lee Min Ki mengejut peminat apabila memuat naik beberapa keping gambar ketika berada di Gunung Kinabalu, Sabah.
Suami Sandra Dewi Kena Tangkap Kes Rasuah, Netizen Ungkit Kahwin Di Disneyland & Beri Anak Jet Peribadi
Harvey Moeis ditahan atas dakwaan menerima rasuah dengan nilai mencecah trilion rupiah dalam urusan perniagaan terkait perlombongan biji timah yang merugikan negara.
“Saya Tak Benarkan Diana Buat Bariatrik” - Farid Kamil
Farid percaya kurus secara semulajadi.