Nusantara
Pernah Tercirit Dalam Kereta Masa Melancong! Adoi…Pecah Perut Dengar Pengakuan Berani Mati Luna Maya Ni!
Pelakon cantik Luna Maya mengaku pernah tercirit dalam kereta ketika melancong di Istanbul, Turki pada bulan Mac baru-baru ini.
Pengakuan tersebut dilakukan Luna ketika sesi temu ramah bersama pelakon Boy William di saluran Youtubenya beberapa hari lalu.
Menurut Luna kejadian melucukan tersebut berlaku di dalam sebuaat kereta ketika sedang dalam perjalanan ke perjalanan menuju ke hotel.
“Macam ni ada satu hari tu saya minum kopi dan kebetulan pada hari tersebut saya memang belum ‘poo’ (membuang air besar) lagi.
“Sambil-sambil tunggu kereta, saya nikmati secawan kopi hitam kerana itu adalah minuman kegemaran saya. Lagipun dah malam, untuk hilangkan rasa mengantuk, saya pesanlah kopi tu…
“Masa kereta sampai perut saya tiba-tiba memulas. Di dalam kereta rasa memulas tu semakin kuat sampai keluar peluh sejuk!
“Saya tahan sekuat hati, tapi masa saya nak ambil nafas tu…haaa…masa tu lah, terlepas sikit!,” katanya sambil ketawa.
Lucukan? Jadi…siapa kata perempuan cantik tak berdepan dengan perkara mengaibkan? Apapun Luna Maya memang win!
Sebab apa win...? Luna juga mengaku dia suka bau kentut sendiri! Adoi...
Video tersebut kini telah ditonton lebih 663 ribu kali dan mendapat 26 ribu tanda suka dengan 2,000 komen daripada warganet.
Rata-rata peminat terhibur selain tidak menyangka Luna berani untuk membuat pengakuan tersebut.
Must-Watch Video