Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pernah Terjumpa Benda Mistik, Wawa Zainal Kongsi Ada Percubaan Runtuhkan Rumah Tangga?

Firdaus
18/06/2024 08:55 MYT
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal tidak menafikan terdapat beberapa percubaan mengganggu rumah tangganya bersama suami, Aeril Zafrel.


"Ada sahaja orang yang cuba nak kacau rumah tangga kita...

Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 32, berkongsi perkara tersebut ketika disoal tentang ujian yang dihadapinya dalam memastikan kebahagiaan dalam perkahwinan.

“Kita pun macam-macam orang hantar itu, ini. Ada sahaja orang yang cuba nak kacau rumah tangga kita, tapi kita tak tinggalkan amalan macam solat, zikir, semua tu.

“Kadang-kadang dekat pejabat jumpa benda pelik-pelik. Baru-baru ini pun ada juga jumpa dekat rumah. Wawa jumpa batang pinang dan juga limau berserta duit syiling yang dibakar,” katanya.

Berhadapan Dengan Perkara Mistik

Dalam pada itu, Wawa ketika ditemui di malam gala filem Abnormal: Buas yang berlangsung di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur tidak menafikan dirinya beberapa kali berhadapan dengan perkara mistik dan berharap agar gangguan tersebut tidak berlanjutan.

BERITA TRENDING: "Rasa Macam Nak Terberanak" - Wawa Zainal Menggigil Tahan Sejuk, Ditampar, Ditendang Demi Abnormal Buas!

“Benda ni dah beberapa kali berlaku sejak kami berkahwin. Sebelum ini Wawa pernah keluar syiling daripada badan, adalah benda-benda pelik macam tu.

“Jadi harapnya perkara itu tak berlanjutan. Kami amalkan amalan-amalan mengikut agama sahajalah,” kongsinya.

​BERITA TRENDING: Anak Autisme, Aeril Zafrel: "Kita Tak Berada Di Tempat Mereka, Anggaplah Itu Ladang Pahala"

Untuk info, Aeril Zafrel sebelum ini pernah berkongsi bahawa dirinya diserang penyakit misteri sekitar tahun 2010 sehingga terpaksa berehat kerana kesihatannya yang terjejas secara mendadak.

​BERITA TRENDING: "Saya Beruntung Ada Isteri Secantik Wawa" - Aeril Zafrel Tak Pernah Terlintas Nak Curang

Aeril juga mendakwa sehingga 10 benda asing dibuang dari badannya seperti paku, kemenyan dan pisau dalam usaha sembuh daripada penyakit berkenaan.

​BERITA TRENDING: "Tak Perlu Lebih-Lebih Mesra Cari Keserasian" - Pesan Wawa Zainal Untuk Aeril Zafrel

#pelakon #Filem #Aeril Zafrel #Wawa Zainal #Sihir #Mistik #Rumah tangga #hiburan #Abnormal