Gaya Hidup
PERSEKA Iktiraf Pereka, Pemakai & Petukang Barang Kemas - "Pemenang Bawa Pulang Jongkong Emas & Belajar Di London"
Program Air Tangan Emas atau Jewels Of Malaysia (JOM) bakal meneruskan misi pencarian bakat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bermula Ogos ini.
Pengerusi PERSEKA, Datin Dr Raskidah Ali, berkata program pencarian bakat semula jadi ini turut menjemput bakat-bakat dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei selain penuntut Institusi Pengajian Awam dan Swasta.
"Bermula di Johor Bharu yang mewakili Zon Selatan diikuti September di Kuala Terengganu bagi Zon Timur seterusnya Oktober di Pulau Pinang (Zon Utara), November di Sabah dan Sarawak dan berakhir pada Disember di Kuala Lumpur.
"Dua pemenang dari setiap kategori dari lima negeri terbabit akan bersaing pada peringkat akhir yang berlangsung di Kuala Lumpur. Mereka akan menghabiskan masa yang diperuntukkan bagi menyiapkan tugasan yang diberikan," katanya pada sidang media di ibu negara.
Menurut Dr Raskidah lagi, pemenang bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu jongkong emas serta berpeluang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkemuka di London.
"Pemenang bagi hadiah utama akan menerima 1 kilogram (kg) 999 jongkong emas dan mengikuti kursus pendek dalam bidang senireka di University of Arts London.
"Kedua menerima 100 gram(g) 999 jongkong emas dan mengikuti kursus pendek dalam bidang senireka di University of Arts London, ketiga membawa pulang 100g 999 jongkong emas manakala tempat keempat hingga 10 masing-masing menerima 10g 999 jongkong emas." katanya.
BERITA TRENDING: Didakwa Menipu, Putra Amaris Nafi Terlibat Dengan Bisnes Jongkong Emas
BERITA TRENDING: Jenaka Duit Bertimbun & Jongkong Emas Johan, Ozlynn & Tauke Buat Netizen Terhibur
BERITA TRENDING: Ukiran 'Hayya Alal Falah' Pada Gold Bar Unik Berbentuk 'Alif'! Rezeki Alif Satar Dilantik Duta Produk Emas GB Gold
Pada majlis itu penyanyi terkenal, Haqiem Rusli, turut diperkenalkan sebagai Duta JOM dan penyanyi lagu tema program itu.Tambah Dr Raskidah, pihaknya berharap program ini dapat dianjurkan sebagai acara tahunan bagi memartabatkan seni reka berbudaya Melayu dan berjiwa Malaysia sekali gus mengangkat keunikan rekaan ke persada dunia.
Terdahulu, PERSEKA ditubuhkan di bawah NGO Koperasi Norras Berhad pada 8 Februari lalu.
Menjadi antara pihak berperanan penting mengangkat seni budaya negara menerusi rekaan emas yang ekslusif dan memiliki keunikan rekaan tradisi Melayu seperti Gong, Congkak, buah-buahan tempatan, binaan yang menjadi ikon negeri dan motif flora yang terkenal di Malaysia.
BERITA TRENDING: Bekas Suami Yang Bunuh Abby Choi Bukan Hanya Penganggur, Ada Rekod Curi Jongkong Emas
Must-Watch Video