Luahan pendapat pengarah Erma Fatima mengenai kontroversi pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad berhimpit tunai hajat team cium Hajarul Aswad mengundang kecaman netizen.

BERITA TRENDING: Dituduh Berhimpit Cium Hajarul Aswad Demi Konten, Hafiz Mahamad Mohon Maaf! - "Ia Dirakam Atas Dasar…

Menerusi perkongsian itu, Erma seakan-akan mempertahankan tindakan Hafiz dan menganggap video yang tular memperlihatkan usahawan itu ‘bergelut’ bukan sekadar konten.

“Inilah hakikatnya yang harus dilalui kalau kita nak cium Hajarul Aswad. Itu kebenarannya. Tak usaha macam tu memang takkan dapatlah. Aku percaya dia tak berniat untuk content kerana aku pun pernah lalui situasi itu.

“Aku sanggup redah semata-mata nak bagi kawan-kawan yang tak pernah dapat cium Hajarul Aswad. Memang bukan sesuatu yang WAJIB tetapi nikmatnya bila dapat cium adalah apa yang siapa saja yang pergi nak rasa.

“CUMA tahap kesanggupan untuk redah tu bergantung pada diri masing-masing,” tulis Erma di laman Instagram miliknya.

Pada perkongsian yang sama, Erma juga menyatakan bahawa hanya Allah sahaja yang mengetahui niat sebenar Hafiz dan menganggap tindakannya itu sebagai satu perjuangan.

“ALLAH tahu niat dia untuk bagi semua sahabatnya merasa nikmat itu. Mungkin hanya orang yang pernah berada di situ akan faham kenapa dan mengapa.

“Walaupun dia seorang influencer... saat itu dia lakukan bukan kerana dia influencer tapi satu perjuangan. Ha… aku pernah buat tu dan aku panggil perjuangan itu gerak gempur.

“It’s ok Hafiz.. kau berjaya memberi sahabat-sahabatmu menikmati rasa itu,” ujarnya lagi.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan Erma malah meminta pengarah itu menghadam penjelasan daripada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Terdahulu, seorang pempengaruh dan usahawan terkenal memuat naik satu klip video membawa sekumpulan wanita termasuk isterinya untuk mencium Hajarul Aswad.

Dalam video berdurasi lebih dua minit itu, kelihatan lelaki terbabit terpaksa menolak dan menjerit kepada jemaah lain untuk memberi laluan kepada beberapa jemaah wanita yang dibawa bersamanya.

A post shared by ermafatima (@ermafatima)