HIBURAN
Pertama Kali ‘Join’ REDLINE, Hawa Rizwana Terkilan Individu Rakam Video Dirinya Tanpa Persetujuan - “Ia Disunting Dengan Cara…”
Pertama kali menyertai REDLINE Fitness Games untuk mencabar diri, pengacara Hawa Rizwana tidak menyangka ada individu tidak bertanggungjawab merakam dirinya.
Individu tidak bertanggungjawab
Berasa gementar sepanjang acara itu, Hawa bagaimanapun meluahkan rasa terkilan apabila individu itu menyunting video dirinya yang mengubah konteks ketika itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Hawa Rizwana Terkejut Dengar Kanak-Kanak Keluar Kata-Kata Kesat - “Baru Umur 9, 10 Tahun, Bercakap Seolah Perkara Biasa…”
“Sertai Redline untuk cabar diri. Pertama kali, gementar dan sejujurnya saya ingat dekat garisan permulaan saya tidak berhenti berdoa.
“Doa banyak-banyak untuk kekuatan, tiada kecederaan, supaya semua dipermudahkan. Hmmm saya dengar daripada beberapa orang yang ada seseorang buat video saya.
“Video itu disunting dengan cara yang mengubah sepenuhnya konteks masa itu. Kami tidak bercakap pun di garisan permulaan.
“Saya masih ingat hanya bercakap dengan seorang gadis dan rakan lelaki saya,” kongsinya menerusi platform Threads.
Tanpa persetujuan
Pada perkongsian lain, pengacara program MeleTOP ini menegaskan merakam atau mencipta kandungan tanpa persetujuan merupakan tindakan tidak baik.
“Tak nak sebut nama dia. Tapi hanya ingin kongsi yang kandungan seperti itu tanpa persetujuan atau penghormatan adalah tidak baik.
“Terdapat garis antara keseronokan dan tidak menghormati. Jom buat lebih baik,” kata Hawa lagi.
Must-Watch Video