Laman Utama

Pesaing Farah Ann? 5 Atlet Hot Olimpik Ini Buat Jantung Berdebar Macam Nak Masuk Meminang!

Hanafis Haris
26/07/2021
14:47 MYT

Sejak kelmarin, gambar beserta video ratu gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi telah ‘membanjiri’ segenap ruang platform media sosial.

Bukan hanya disebabkan kehebatannya beraksi dalam sukan itu, malah kecantikannya juga menjadi perbualan ramai.

Namun, tahukah anda ada beberapa lagi ‘bunga’ yang sebenarnya menjadi penyeri Olimpik Tokyo tahun ini?

Gempak senaraikan atlet ‘hot’ yang beraksi di Olimpik Tokyo 2020.

#1 Zehra Gunes

Atlet kelahiran Tukri ini merupakan pemain sukan volleyball. Dengan ketinggian enam kaki, Zehra bermain pada posisi ‘middle blocker’.

Dengan jumlah pengikut Instagram sebanyak 338,000, Zehra pastinya menjadi tumpuan di Olimpik Tokyo kali ini.

Malah, sejak tularnya gambar Zehra di media sosial, rata-ratanya telah membandingkan kecantikanya dengan wakil atlet Malaysia, Farah Ann.

#2 Alica Schmidt

Pernah menerima jolokan atlet paling seksi di dunia oleh Media Outlet Galore, pelari Jerman berusia 22 tahun ini juga mencuri tumpuan ramai.

Berambut perang serta mempunyai sepasang mata biru, Alicia mempunyai tarikannya tersendiri.

Menerusi pemantauan Gempak di Instagram miliknya, Alicia mempunyai jumlah pengikut sebanyak dua juta dan menjadi duta pelbagai jenama antarabangsa.

#3 Vivian Kong

Vivian Kong Man Wai yang berusia 27 tahun ini merupakan atlet berasal dari Hong Kong.

Disebalik senyuman manisnya itu, dia ini pernah menjadi atlet pertama menjuarai piala World Cup pada kejohanan yang diadakan di Havana, Cuba pada 2019. Hebat!

#4 Latisha Chan

Pemain tenis Taiwan, Latisha Chan ini terkenal dengan kejayaannya dalam pertandingan beregu.

Difahamkan, Latichsa telah memenangi 33 kejayaan termasuk satu pada 2017 iaitu Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat untuk beregu wanita.

Pada tahun ini di Olimpik Tokyo, dia bertanding dengan saudaranya Angel Chan untuk beregu wanita dalam tenis.

#5 Alex Walsh

Kehangatan sukan olimpik dijangka lebih membara dengan kehadiran perenang Alexy Walsh.

Ini merupakan kelayakan pertama Alex mewakili Amerika Syarikat di Olimpik selepas berjaya melepasi ujian individu 200 meter di Ohama.

Alex Walsh juga kerap berkongsi gambar-gambar menarik untuk tatapan pengikut Instagramnya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Sukan Olimpik Paris 2024: Senarai Atlet Malaysia, Jadual, dan Info Siaran Langsung (Live Streaming)

gempak
26/07/2024
10:06 MYT
Sukan Olimpik Paris 2024: Senarai Atlet Malaysia, Jadual, dan Info Siaran Langsung (Live Streaming). Malaysia akan menyertai temasya Sukan Olimpik Paris 2024
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Sukan

Rizman Ruzaini Tampilkan Busana ‘The Malaya’ Untuk Acara Pembukaan Olimpik 2024, Semat Nilai Patriotik & Kemelayuan

gempak
25/07/2024
13:37 MYT
Pereka fesyen tersohor tanah air, Rizman Ruzaini yang dibarisi duo Rizman Nordin dan Ruzaini Jami memperkenalkan koleksi busana yang diberi nama 'The Malaya' pada Khamis.