Berita
"Pesakit Didapati Negatif Dalam Masa 48 Jam" - Doktor Temui Rawatan Koronavirus Di Thailand
Pengamal perubatan di Thailand mengesahkan seorang pesakit Koronavirus telah berjaya dirawat dengan kaedah kombinasi ubat yang mencegah penularan virus.
Memetik laporan CNN, perkara itu telah diumumkan oleh Kementerian Kesihatan di negara itu.
Menurut Dr. Kriangsak Atipornwanich, dia berjaya merawat seorang wanita dari China berusia 71 tahun menerusi hasil gabungan ubat rawatan HIV dan demam.
"Saya telah merawat seorang pesakit dan keputusannya amat memuaskan, tahap kesihatannya meningkat dengan cepat dalam masa 48 jam.
"Keputusan pemeriksaan juga berubah dari positif ke negatif dalam tempoh 48 jam," ujarnya.
Hasil keputusan makmal juga mendapati tiada jangkitan virus dalam sistem pernafasan pesakit tersebut.
Walaubagaimanapun, rawatan secara efektif Koronavirus masih belum disahkan secara rasmi oleh mana-mana pihak berkuasa.
Namun kaedah memberi ubat rawatan HIV dan AIDS kepada penghidap Koronavirus turut diamalkan di beberapa hospital di Beijing, China.
Sumber : CNN
Must-Watch Video