Penyanyi Indonesia Cakra Khan menceritakan pengalamannya menyertai ujibakat pertandingan realiti popular dunia, America’s Got Talent.

Selain mengaku pembabitannya sebagai sebuah pelajaran dan menunaikan hasrat arwah ayahnya, Cakra mendedahkan pengalaman mengikuti ujibakat dalam program besar itu sentiasa membuat dirinya gementar.

Justeru, demi menghilangkan rasa gementar, Cakra mengakui menghabiskan masa dengan makan mi segera yang dibawa dari Jakarta.

“Jujur, saya sangat gementar sewaktu mengikuti ujibakat. Jadi saya lebih banyak makan. Saya makan mi segera yang dibawa dari Jakarta. Sewaktu yang lain sibuk buat latihan, saya makan mi segera,” katanya seperti dilaporkan Kompas.

Malah kata pelantun Kasih Bayangan itu, dia gemar memakan mi segera perisa pedas untuk membantunya lebih percaya diri.

“Saya bawa banyak bekal dari bubur sampai mi segera dalam cawan kerana saya juga tidak makan sandwich atau burger.

“Jadi saya akan bawa beg yang besar dengan di dalamnya berisi makanan ke mana-mana. Malah bilik hotel saya juga bau makanan kerana terlalu banyak yang dibawa,” kenangnya lagi.



Pada April lalu, Cakra berkongsi sekaligus memohon dia daripada peminatnya agar dia mampu bertahan dalam uji bakat American Got Talents yang sudah memasuki musim ke-17 tayangan.

Dirinya diketahui dijemput menjadi peserta oleh program tersebut yang tertarik dengan cover song yang dinyanyikan Cakra Khan di video-video yang beredar di media sosial selain menonton klip muzik lagu-lagu nyanyiannya.