Destinasi percutian popular Thailand, Phuket terpaksa mengurangkan harga bilik hotel kerana jumlah pelancong yang semakin merosot.

Hal ini terjadi berikutan kekurangan pelancong dari China yang terjejas dengan perang dagang dengan Amerika Syarikat serta kenaikan nilai mata wang Baht.

Dengan keadaan pantai yang semakin lengang, jumlah pelancong China yang sebelum ini direkodkan seramai 2.2 juta orang pada tahun 2018 mencatatkan penurunan menjelang penghujung 2019.



Malah, nilai matawang Baht yang meningkat 10 peratus turut memberikan kesan pada nilai matawang seluruh dunia.

Konsul kehormat Perancis di Phuket, Claude de Crissey, yang memiliki 40 bilik penginapan di Pantai Patong berkata, pihaknya terpaksa mengurangkan harga bilik sehingga 50 peratus akibat kekurangan pelancong.

Meninjau ke laman sosial Twitter, rata-rata netizen mahu mengambil peluang ini untuk mengembara ke Phuket.

Namun, ada yang memberikan saranan agar menangguhkan perjalanan ke sana memandangkan musim tengkujuh yang telah tiba.

Bukan hanya di Phuket, penurunan harga hotel ini turut membabitkan penginapan di Pattaya dan Koh Samui.


Sumber: Harian Metro