Demam bubble tea nampaknya masih belum berakhir!

Terbaru, sebuah syarikat iaitu The Pokemon Company tampil memperkenalkan minuman edisi terhad.

Menariknya mengenai menu bubble tea ini, ia dihasilkan mengikut jenis dan karakter Pokemon yang popular.

Malah, warnanya juga dihasilkan mengikut Pokemon berkenaan.

Antara yang dihidangkan adalah Eevee Milk Bubble Tea, Plenty of Pikachu Melon Soda Bubble Tea, Bulbasaur Matcha Bubble Tea, Plenty of Pikachu Rainbow Soda Bubble Tea, Mew Watermelon Smoothie Bubble Tea dan Pikachu Bubble Mango Smoothie Bubble Tea.

Harganya pula sekitar 540 yen (RM20.77).

Setakat ini, menu terbabit hanya dikeluarkan di Kafe Pokemon yang terletak di Tokyo saja.

Bagi pasaran Malaysia pula, sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Sumber: The Vocket