gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Astro AWANI Terima Pengiktirafan Sebagai Jenama Berita Malaysia Paling Dipercayai 2025
HIBURAN
Gitaris Ditahan Belasah Jiran
HIBURAN
Isteri Aliff Syukri Tegas Didik Anak, Baling Telefon Ibraheem Sebab Tak Hirau Dipanggil - “Saya Memang Garang, Tak Pernah Kata Saya Baik”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GAYA HIDUP

Pillars Of Sabah 2.0 - Tarikan ‘Insta-worthy’ Terbaru Jika Anda Ke Kota Kinabalu

Azwa Rahman
Azwa Rahman
11/04/2019
03:30 MYT
Sponsor Banner
Pillars Of Sabah 2.0 - Tarikan ‘Insta-worthy’ Terbaru Jika Anda Ke Kota Kinabalu
Jika anda memilih Kota Kinabalu, Sabah sebagai destinasi percutian seterusnya, jangan lupa singgah ke tarikan terbaru yang sangat ‘insta-worthy’, Pillars of Sabah.
Terletak di tapak bangunan Jabatan Kebajikan di Jalan Haji Saman, bersebelahan bank HSBC, kawasan terbengkalai ini kembali meriah dengan lukisan hidupan liar di Sabah yang berwarna-warni.
Tiang-tiang bangunan lama itu dihiasi dengan lukisan 30 imej spesis haiwan terancam antaranya Sunda pangolin, badak sumbu Sumatera, sun bear Borneo, penyu hijau, burung engggang, gajah Borneo dan banyak lagi.
Projek ini diilhamkan oleh tiga anak Sabah iaitu Mellisa Lo (pereka), Red Hong Yi (artis) dan Jared Adbul Rahman (pembikin filem) untuk mengisi kekosongan ruangan tersebut dengan keindahan dan kuasa seni.
Pillars of Sabah ini mendapat kerjasama World Wildife Fund (WWF), Nippon Paint untuk sumbangan cat dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah serta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Direalisasikan untuk memupuk kesedaran masyarakat, diharapkan Pillar of Sabah ini mampu membuka mata orang ramai tentang keperluan untuk melindungi hidupan liar Sabah yang semakin diancam kepupusan.
Sumber foto: Joanne via Project Organisers dan David Koo
Topic Berkaitan
#Travel
#Sabah
#Pillars of Sabah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement