Keputusan sama ada kerajaan akan melaksanakan PKP menyeluruh seperti pada Mac 2020 atau 'Full Lockdown', akan diputuskan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang dan Parlimen) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia antara cadangan yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan.

Cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat yang melibatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta semua Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Jumaat (hari ini).

“Itu antara Langkah-langkah yang perlu difikirkan oleh MKN, dan pilihan-pilihan yang kita ada.

“Selama ini kita adakan PKP, PKPP, PKB dan sebagainya itu adalah Langkah yang perlu diambil sama ada secara keseluruhan atau bersasar bergantung kepada keadaan,” katanya.

Negara melaksanakan PKP menyeluruha pada Mac tahun lalu dengan yang menyaksikan pergerakan merentas daerah dan negeri tidak dibenarkan sama sekali.