Laman Utama
PKPB: Pusat Mengajar Muzik, Al-Quran Dibenar Beroperasi
Tenaga pengajar seperti guru muzik dan al-quran dibenarkan mengajar secara bersemuka dengan pelajar mereka berkuat kuasa, hari ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu sudah dipersetujui dalam Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.
"Perkara ini dibangkitkan oleh Ketua Pengarah MKN dalam mesyuarat khas tadi dan kita sebenarnya (sudah) membuat keputusan bersetuju membenarkan guru muzik mengajar secara one to one begitu juga dengan guru mengaji al-Quran.
"Itu saja dua perkara kita bincang tadi. Peringkat awal ini kita bersetuju membenarkan mereka mengajar mulai esok," katanya dalam sidang media hari ini.
Beliau mengulas kegusaran Persatuan Pusat Muzik dan Guru Muzik Malaysia yang tidak dapat beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berbanding sektor lain seperti gunting rambut dan sebagainya.
Katanya, MKN juga akan meneliti secara menyeluruh isu itu serta cadangan lain termasuk membabitkan golongan guru tuisyen yang terjejas.
"Mungkin ada lagi perkara lain kita sedang meneliti dan kita minta MKN melihat secara menyeluruh bukan saja kalangan guru muzik dan al-Quran yang dibenarkan tadi.
"Mungkin tuisyen one to one atau cadanganlain dengan prosedur operasi standard (SOP) sesuai yang akan ditentukan pihak MKN bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video