Berita
PKPB Sambung Hingga 9 Jun, Aktiviti Ziarah Saudara Mara Dibenarkan Asalkan Negeri Yang Sama
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan selama empat minggu lagi sehingga 9 Jun ini.
Jelasnya, keputusan itu dibuat setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Walaupun kita telah mencapai banyak perkembangan positif dalam usaha memerangi wabak COVID 19, usaha kita masih belum berjaya sepenuhnya,” jelas beliau menerusi perutusan khas sebentar tadi.
Selain itu, kerajaan membenarkan aktiviti ziarah terhadap jiran terdekat dan keluarga dalam negeri yang sama, dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa.
Muhyidin berkata, kelonggaran itu diberikan kepada rakyat yang menyambut tiga perayaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai.
“Jadi tak perlulah buat jamuan besar-besaran atau rumah terbuka. Setiap keluarga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan seperti penjarakan sosial, pemakaian penutup mulut dan hidung, dan amalan kebersihan kendiri seperti penggunaan cecair pembasmi kuman sepanjang sambutan perayaan ini.
"Pastikan rumah sentiasa bersih. Basuh pinggan mangkuk, sudu garpu, periuk belanga dan lain-lain selepas digunakan untuk menjamu tetamu yang hadir," katanya lagi.
Sumber: BH Online
Must-Watch Video