Aktres jelita Tiz Zaqyah berang di laman sosial apabila kapsyen Instagramnya mengenai keindahan tanahair telah disalah erti oleh seorang wargamaya.

Menerusi laman sosial Instagram, Tiz memuat naik beberapa keping foto percutiannya di dalam negara bersempena sambutan hari kemerdekaan ke-63 untuk tatapan umum.

“Kat mana? Malaysia je. Jaga kebersihan please. Sayang Malaysia kita,” tulis Tiz sebagai kapsyen.

Namun, komen seorang wargamaya yang menyalah erti kapsyen tersebut telah menarik perhatiannya.“Kenapa MALAYSIA je? Kenapa mesti ada JE kat belakang? Low class sangat ke holiday dalam Malaysia?” tulis wargamaya tersebut.

Marah dengan komen tersebut, Tiz membalas pendapat wargamaya itu dengan carutan.

“What the actual F**** why are you so bitter? Please f*** off ya,” balas Tiz pada komen wargamaya tersebut.

Malah, Tiz turut berkongsi komen tersebut secara tangkapan skrin di laman sosial Twiter miliknya.

Rata-rata wargamaya menyokong tindakan Tiz membalas komen tersebut.

“Orang nak bagitau kat malaysia je pun boleh dapat vibe macam oversea. Aduh pagi pagi dah lembap ke,” kata seorang wargamaya.

“Orang yang hati kotor ni memang selalu keluar dengan benda-benda negatif je,” komen seorang wargamaya.

“Sel-sel otak dia tal berhubung tu sis,” usik seorang wargamaya.

“Fuhh Tiz mencarut,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 9,000 tanda suka daripada pengikutnya.