Selepas tular video sesi siaran langsung bersama dua kanak-kanak bawah umur, usahawan kosmetik kontroversi, Safiey Illias meletakkan akaun Instagramnya dalam mod privasi.

Selain itu, Safiey turut menyeru agar pengguna di bawah umur 21 tahun agar membuangnya daripada senarai pengikut.

"Please unfollow saya kalau bawah 21 tahun okey," tulisnya di Instagram Stories.

Dalam pada itu, Safiey turut memohon maaf kepada dua kenalannya, @pipinatasha dan @qaseh_mua yang pernah tampil bersama dalam beberapa sesi siaran langsung Instagram sebelum ini.

"Kepada @pipinatasha dan @qaseh_mua, bersabarlah. Ratu menangis kerana mereka menangis.

"Yang tak ada kaitan jangan buat onar bukan-bukan," tulisnya.



Terdahulu, tular beberapa rakaman video daripada sesi siaran langsung Instagram dipercayai milik Safiey bersama rakannya dan dua lagi kanak-kanak bawah umur.

Dalam sesi berkenaan, Safiey dilihat menggalakkan dua remaja lelaki itu menari selain mengajar mereka untuk mengambil bahan terlarang.

Tindakan itu mencetuskan rasa kurang puas hati dan geram dalam kalangan pengguna hingga ada yang tampil membuat laporan polis semalam.

BACA: Safiey Illias Buat Live Dengan Remaja Bawah Umur, Pensyarah Lapor Polis​

BACA: Sembang Topik Jijik & Tayang Payudara Ketika IG Live, PU Syed Mohon Netizen Boikot Produk Safiey - "Mereka Mengatakan Kita Hendak Menumpang Populariti ..."