,
Laman Utama

PM Lancar Keluarga Malaysia; Dayang, Hael, Vince & Poova Akui Teruja - "Dapat Juga Buat Comeback"

Amri Hassan
22/10/2021
03:22 MYT
Pelancaran Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada 23 Oktober ini disambut baik barisan anak seni.
Bagi penyanyi yang terbabit pada acara itu yang terdiri daripada Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Poova dan Vince menyifatkan ia sesuatu yang cukup istimewa dan penghargaan buat mereka.
Dayang Nurfaizah berkata, dia cukup teruja dapat membuat persembahan di hadapan Perdana Menteri apatah lagi selepas sekian lama tidak menyanyi pada acara besar.
"Sejujurnya saya teruja dapat terbabit pada acara ini sebab setelah sekian lama tiada program besar. Sekurang-kurangnya dapat buat kemunculan semula.
"Malah, apa yang lebih membanggakan adalah dapat mengadakan persembahan depan Perdana Menteri, menteri dan Ketua Menteri. Selain itu dapat juga saya menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan nafas baru," katanya.
Senada dengan Dayang, penyanyi Hael Husaini juga melihat pelancaran itu memberi petanda baik dan perkembangan positif kepada industri hiburan tempatan.
"Pastinya dengan adanya acara sebegini ia dapat merancakkan semula industri hiburan dan penganjuran acara sekali gus memberi peluang artis kembali beraksi di pentas.
"Apa yang menariknya juga, pada acara ini saya bersama rakan artis lain cukup teruja apabila berpeluang menyanyikan lagu rasmi Keluarga Malaysia," katanya.
Sementara itu, penyanyi Vince beranggapan majlis pelancaran itu dapat memberi manfaat kepada ramai pihak yang terbabit. Bukan saja kepada penyanyi, pemuzik, tapi juga mereka yang terbabit dalam penganjuran acara.
"Dengan adanya program besar ini memberi Kesan limpahan yang akan memanfaatkan banyak pihak dalam industri hiburan dan industri sokongan.
"Paling penting, semangat Keluarga Malaysia juga dapat diperkukuhkan melalui program hiburan yang membabitkan elemen atau semangat muhibbah," katanya.
Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia yang bakal berlangsung jam 8 malam itu turut disiarkan di beberapa stesen TV tempatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Hiburan

Guardians of the Shore, Tembawai Kanyuk & Ram Ram Rep Antara 42 Judul Rancangan TVS Ditayangkan Di Viu

gempak
23/10/2024
19:23 MYT
Viu, sebuah platform OTT terkemuka di rantau ini, telah memperoleh 42 judul daripada TVS (TV Sarawak), menjadikan kandungan Sarawak tersedia secara kolektif buat pertama kalinya untuk pelanggan Viu.
Hiburan

Dayang Nurfaizah Terkejut Album Terbaharu Dah ‘Leaked’ Sebelum Tarikh Rasmi - “Saya Harap Yang Dah Dengar, Keep It To Youself For Now”

gempak
22/10/2024
08:25 MYT
Penyanyi Dayang Nurfaizah mengakui dia berasa terkejut apabila mengetahui albumnya yang berjudul ‘Janji’ sudah dikeluarkan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.
Berita

Belanjawan 2025: Hampir Tiga Jam Berdiri, PM Hanya Teguk Air Sekali

gempak
18/10/2024
13:25 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempamerkan stamina luar biasa apabila hanya meneguk air sekali ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Berita

Belanjawan 2025: Yuran SBP, IPTA Akan Dinaikkan Kepada Kumpulan Kaya

gempak
18/10/2024
12:25 MYT
Kerajaan bercadang mengenakan sedikit kenaikan yuran sekolah berasrama penuh (SBP) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada kumpulan pendapatan 15 peratus teratas.
Unitar