SOALAN

Kak Gee, saya tahu mengaku hal ini adalah sangat memalukan. Tapi jika saya tak luahkan, ia akan terus menganggu dan membuat saya resah.

Kenalkan diri saya sebagai Su. Saya bakal berkahwin pada bulan Mac 2021. Masalah saya sekarang adalah bakal suami sering meluahkan rasa tak sabar untuk berkahwin kerana mahu 'kerjakan' dan gomol saya di malam pertama.

Sumpah Kak Gee, saya sangat takut sebab bakal suami pada luarannya sangat alim dan sopan. Dia juga merupakan pilihan kedua ibu bapa selepas saya masih tak ada pilihan bakal suami walaupun sudah berusia 34 tahun.

Pada awalnya saya pun selesa dengan dia, tapi kini bila dah nak dekat dengan hari pernikahan kami, watak dia mula berubah dan pernah juga berbual lucah dengan saya.

Tolong saya Kak Gee apa yang patut dilakukan.

Yang benar,
Su


Kredit Foto: Pinterest

JAWAPAN

Hi Su. Kak Gee cuma nak nasihat, segala sesuatu perkara boleh selesai jika dibawa berbincang.

Pertama, bincang dengan keluarga jika Su rasa tak selesa untuk meluahkannya kepada bakal suami.

Kemudian barulah anda berbincang dengan bakal suami. Beritahu bahawa selama ini akan tidak selesa dengan apa yang diperkatakan. Jujur juga bahawa anda sangat gelisah dengan kata kata yang dikeluarkan olehnya selama ini.

Ini sangat penting kerana jika anda tidak berbincang dan meluahkannya, bakal suami tidak akan tahu. Mungkin dia ingat anda okay dan dia berfikir bahawa tak lama lagi anda juga bakal menjadi isterinya.

Jadi berbincang dengannya kerana nanti bila sudah melangkah ke alam perkahwinan, susah untuk anda berpatah balik.

Tenangkan diri dan ambil masa untuk bertemu atau berbincang dengan bakal suami ya.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!