Nusantara
#PMTepiKakGee ; 'Diburu' Teman Ofis, Masalahnya Dia Pun Lelaki!
SOALAN
Kak Gee straight to the point... saya ada officemate sorang ni suami orang. Haish sebelum PKP kitorang kena buat kerja sekali. Sekarang macam dah rapat dengan saya.
Musykilnya, dia sekarang suka reply Instagram story saya dan asyik cakap rindu atau sayang. Saya ni dah lah lelaki. Okay lh kalau rindu macam kawan ke apa.
Ni dah start masuk office balik, dia asyik nak ajak keluar berdualah. Main kenyit2 matalah dgn saya. Saya pulak yang konfius.
Dia ni gila ke apa? Patut ke saya jauhkan diri dari dia atau saya tanya dekat dia kenapa dia macam tu? Atau Kak Gee rasa patut saya bagitahu member lain ke macam mana Kak Gee?
Saya risau orang salah anggap dekat saya atau dia. Sebab dia suami orang 1, keduanya dia buat benda pelik macam ni orang start notice. Apa pandangan Kak Gee saya patut buat?
Yang Benar
Kenapa Officemateku
JAWAPAN
Hi Kenapa Officemateku, sihat ke tu? Kak Gee harap anda sihat ya. Cuma mungkin yang buat anda 'kurang sihat' adalah runsing memikirkan sikap teman sepejabat anda yang agak aneh ini.
Dari apa yang Kenapa Officemate luahkan, terus terang Kak Gee kata ia adalah satu situasi yang sangat tidak sihat.
Apa lagi kawan yang 'memburu' anda adalah punya jantina yang sama iaitu sama sama lelaki dan suami orang? Serius, ia adalah salah besar.
Perkara utama yang perlu Kenapa Officemate lakukan adalah membuat pertemuan dan bercakap secara matang tentang perkara yang dilakukannya membuat anda berasa kurang selesa.
Kak Gee percaya selepas anda bertemu dan berbincang dengannya, masalah kalian akan selesai.
Seandainya dia berkeras untuk terus 'memburu' anda, anda harus 'kebal'. Maksud Kak Gee, jika anda tahu dan sedar bahawa diri anda bukan dalam golongan yang suka sesama sejenis maka teruskan untuk menjadi seorang yang tegas.
Namun dalam masa yang sama, jangan pula memutuskan tali persahabatan, berkawan seperti biasa tetapi tidak boleh melebihi sempadan.
Dan rasanya tak perlu Kenapa Officemateku beritahu rakan rakan lain di pejabat kerana bimbang ia menjadikan situasi yang lebih tidak sihat. Kak Gee fikir adalah lebih baik jika permasalahan ini diselesaikan antara kalian berdua sahaja.
Okay Kenapa Officemate, jangan pendam lagi. Jika anda lari dan tak berdepan masalah, hal ini akan berlarutan dan tidak selesai. Jadi Kak Gee rasa lebih raya jangan lupa untuk bersemuka dan beritahu apa yang anda rasa tidak selesa dengan cara teman sepejabat anda ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video