Viral
#PMTepiKakGee: “ Habis Madu Sepah Dibuang. Senang Je Dia cari Orang Lain” - Gadis Sedih Dituduh Tak Pandai Jaga Diri
Soalan:
Hi Kak Gee. Saya harap Kak Gee jenis yang open minded. Saya sekarang sangat perlukan sokongan dari orang tapi saya takut nak luah dekat orang sebab orang akan pandang buruk pada saya.
Saya dengan ex saya pernah buat tu tapi bukan seks. Cuma dia pernah... Kak Gee faham kan. Dan dia pernah juga nak paksa saya buat tu tapi saya halang dia. Kemudian esoknya dia blah macam tu saja. dia tinggalkan saya lepas dah buat saya macam ni, lepas dah rosakkan saya.
Kemudian saya cerita pada kakak dia tapi kakak dia salahkan saya. Bekas kekasih saya tu kakak tak salahkan langsung . Entah apa yg ex saya ceritakan pada kakak dia tu.
Sekarang dia dah ada girlfriend baru. saya tak cemburu. saya cuma sakit hati kenapa bila dengan saya dia buat macam sampah. Dia buat saya macam tu, lepas tu buang saya. Dia ingat saya apa? Lepas tu orang lain dan kekasih dia, dia layan elok je.
Saya ingat bila cerita pada kakak dia, kakak dia faham saya sebab dia pun perempuan tapi tak. Dia salahkan saya juga. sumpah kadang-kadang saya penat tau asyik macam ni je. dia tu happy mcm tak ada apa terjadi tapi saya ni, mentang-mentanglah saya ni perempuan jadi dipersalahkan kata tak pandai jaga diri. Dah kalau adik dia macam tu siapa je tak rosak!
Gadis Sakit Hati, Alia Ikha
Jawapan:
Hai Alia. Selamat Hari Raya Kak Gee ucapkan. Jangan sedih-sedih ya.
Kita sebagai orang perempuan ni selalu dianggap lemah. Dan lebih sedih lagi bila perempuan seperti kita juga sering disalahkan tidak pandai jaga diri bila diambil kesempatan oleh lelaki. Lagi menyedihkan, bila yang menyalahkan kita tu juga seorang perempuan.
Kak Gee faham perasaan Alia. Jadi Kak Gee mahu Alia letakkan ke tepi peristiwa lalu dan teruskan hidup Alia. Tetapi kali ini Alia kena kuat kerana ada segelintir lelaki ni memang mulut manis macam gula. Kalau memujuk, mereka cuba buat sehingga dapat. Jadi, menjadi tugas Alia untuk menjaga diri dan tidak dipergunakan.
Selagi tiada ikatan yang sah, jangan bagi apa-apa pada sesiapa saja walaupun dijanjikan bulan dan bintang. Sekarang ini tumpukan diri Alia untuk menjadi wanita yang berjaya dan buktikan wanita mampu buat keputusan sendiri tanpa bergantung kepada lelaki.
Kak Gee juga nak pesan supaya lupakan saja bekas kekasih Alia. Perangainya menunjukkan dia bukanlah seorang lelaki yang baik untuk Alia. Jangan bimbang, masih ramai lagi lelaki yang baik-baik di luar sana. Sekarang ini, tumpukan pada Alia untuk berjaya dan bahagia tanpa perlu bergantung kepada sesiapa sahaja.
Salam sayang dari Kak Gee!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video