Salam Kak Gee, boleh panggil saya si Cantik je.

Masalah saya tak besar pun cuma nak luahkan perasaan tak puas hati saya.

Bukan nak mengata atau berlagak, tapi keluarga saya mendidik saya sentiasa bersopan santun biarpun ketika makan.

Jadi bila ada kawan yang makan berbunyi ni saya jadi tak selesa. Cukup pantang betul saya!

Nak ditegur nanti sentap, kalau tak tegur saya pula kena tahan loya.

Gelilah Kak Gee! How?

Jawapan:

Hi Cantik, terima kasih kerana sudi #PMTepi KakGee.

Kak Gee faham perasaan Cantik dan bukannya salah Cantik jika rasa begitu.

Setiap orang memang ada rasa geli dan tidak selesanya terhadap sesuatu.

Malah, setiap individu itu berbeza-beza.

Kak Gee juga ada seorang kawan seperti itu, bezanya dia pantang mendengar bunyi sendawa.

Mudah sebenarnya, sebagai kawan kita perlu hormat prinsip atau kerenah seseorang itu dengan syarat ia tidaklah berlebih-lebihan.

Paling penting, jika rakan kita tengah makan, janganlah marah atau hina dia, jelaskan secara baik yang anda tidak selesa dengan bunyi tersebut.

Insya-Allah, lama kelaman rakan anda pasti faham dan terbiasa.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!