SOALAN:

Kak Gee, saya geram betul dengan jiran depan rumah saya ni.

Kami ni duduk dekat flat, bukan rumah teres tau ada laman yang lapang macam padang bola.

Ni semua benda sampahlah dia nak letak depan rumah.

Kalau letak sekejap, maybe boleh faham. Ini dua tiga minggulah ada menyemak depan rumah.

Masalah dia rumah kami ni berdepan. Kadang-kadang kami ni bersilatlah nak melangkah masuk dalam rumah sebab barang-barang mereka kumpulkan depan rumah, himpunkan banyak-banyak.

Paling jijik, sampah tau Kak Gee!

Dia tinggalkan sampah depan rumah dia! Kadang-kadang sampai lebih seminggu!

Bila dah berbau busuk, barulah dia terhegeh-hegeh nak angkat dan buang.

Geramlah Kak Gee, tolonglah saya!

Jiran Geram!

JAWAPAN:

Salam Jiran Geram. Terima kasih sebab suarakan perasaan dekat Kak Gee.

Bagi Kak Gee, anda merupakan insan yang cukup penyabar kerana dapat bertahan dengan perangai jiran sebegitu.

Bincang. Cuba anda guna pendekatan untuk berbincang dengan jiran anda mengenai masalah yang dihadapi.

Perbincangan terbabit mestilah dilakukan dengan suasana tenang dan penuh berhemah.

Namun begitu, jika anda risau pendekatan terbabit tak menjadi atau berakhir dengan pertikaman lidah, mungkin anda boleh mencuba cara lain.

Kak Gee pasti, flat yang anda diami mesti ada jawatan kuasa penduduk.

Bincangkan dengan AJK bagaimana cara untuk mengatasi perkara ini.

Mesti ada jalan dan akhirnya, jiran anda tak akan melakukan lagi perkara sebegini.

Apa yang penting, jangan gaduh-gaduh tau, bincang elok-elok ya.

Itu kisah jiran tetangga, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?

Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.

Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!

Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!