Sekilas
- Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, berkongsi bahawa dia tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan Bella Astillah yang berasal dari dunia seni.
- Syed Saddiq meluahkan rasa syukur kerana Bella menjadi tempatnya pulang di tengah kesibukan dan cabaran hidupnya.
- Pasangan ini telah sah bergelar suami isteri dalam majlis tertutup di Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengakui dia tidak pernah menyangkakan akan bertemu jodoh dengan isterinya yang juga pelakon dan penyanyi Bella Astillah.
Menerusi hantaran di Threads, Syed Saddiq berkata biarpun dia dan Bella datang dari dua dunia yang berbeza namun perjalanan hidup menemukan mereka berdua.
“Dua dunia yang berbeza. Saya dengan politik, Bella dengan dunia seni. Tak pernah saya sangka perjalanan hidup akan menemukan kita,” kongsinya.
Pada hantaran yang sama, Syed Saddiq juga meluahkan rasa syukur apabila Allah menghadirkan Bella yang menjadi tempatnya pulang.
“Di sebalik segala cabaran dan kesibukan, Allah hadirkan seseorang yang menjadi tempat saya pulang.
“Terima kasih Bella, kerana memilih untuk melalui kehidupan ini bersama saya. Two different worlds, one beautiful journey. Here’s to forever, @bellaastillah,” kongsinya.
Untuk info, Bella dah Syed Saddiq selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur.
Sumber - Threads