Soalan:

Salam Kak Gee. Saya ada masalah dengan kawan-kawan yang selalu suka ejek saya, jatuhkan saya, layan saya macam sampah, hina saya, tapi bila diorang susah mesti akan cari saya dan minta tolong.

Apa perlu saya buat Kak Gee? Saya dah tak tahan macam ni sebab diorang tu suka kacau saya hari-hari dan diorang satu kelas dengan saya. Sebenarnya saya dah hadapi masalah ni dari sekolah rendah dan sampai sekarang saya masih tak tahu apa salah saya.

Padahal saya dah cuba untuk perbaiki diri saya untuk jadi kawan diorang tapi nama pun manusia kan. Hmm.. Terkadang tu saya sedih dan down sangat sebab hal ni.

Riana


Jawapan:

Waalaikumussalam Riana. Sedih Kak Gee baca bila perkara yang berlaku pada Riana sudah lama sejak daripada sekolah rendah lagi. Mungkin sudah tiba masanya Riana ubah sedikit cara pemikiran Riana dalam memilih kawan.

Sebenarnya kita tidak perlu ada terlalu ramai kawan kerana yang penting adalah kualiti, bukannya kuantiti. Ramai tidak bermakna kita akan gembira dan sedikit bukan bermakna kita akan sunyi. Jika kita tahu untuk memilih kawan, biarpun hanya dua tiga orang, kita akan lebih gembira dan rasa seronok.

Punya kawan yang ramai tetapi sering mengambil kesempatan terhadap kita membuatkan kita jadi sedih dan murung. Kak Gee rasa Riana sendiri tidak mahu perkara tersebut berlaku pada Riana. Jadi mulai hari ini, Riana harus buat sesuatu untuk kebaikan diri Riana.

Cari kawan yang sukakan aktiviti yang sama biarpun mereka daripada kelas lain. Jauhkan diri Riana daripada mereka yang suka menghina, melayan Riana seperti tiada harga dan yang suka mengejek Riana. Zaman persekolahan sepatutnya menjadi zaman yang menggembirakan dan bukan menyedihkan.

Kak Gee harap Riana akan cuba mendapatkan kawan yang sama-sama memberikan sokongan antara satu sama lain, dan bukan hanya datang bila memerlukan sahaja. Gembirakan hati Riana kerana saat di sekolah adalah untuk belajar dan menikmati zaman remaja yang menyeronokkan. Salam sayang daripada Kak Gee!



Itu kisah Riana, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?

Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.

KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!