Berita
#PMTepiKakGee; Mahu Berubah Mencarut Dan Kutuk Artis, Tapi Macam Mana?
SOALAN
Hye. Saya cuma nak share je tau bukan mengaibkan orang sekeliling saya. Saya nak pendapat lah. saya nak cuba berubah untuk memperbaiki diri dan saya tahu dalam perubahan pasti ada cabaran dan ujiannya. Tapi alhamdulillah selagi saya bergantung pada perlindungannya allah bantu saya.
Cuma satu je saya tak boleh handle sendiri kak, kawan kawan, saya nak berhenti mencarut, saya nak berhenti bash orang dan kutuk orang. Tapi macam mana ? Ignore ? Saya juga perlu menjaga hati orang kan kak.
Siap ada group dekat Twitter dan Instagram untuk share info pasal artis dan orang lain lepas tu bila share je kutuk orang tu. Kalau saya tegur nanti diaorang marah. Saya dah cuba left group tapi dorang still invite.
Saya cuma nak berubah tapi taknak sakitkan hati orang lain. dan akak rasa apa pendapat akak?
Yang Benar,
Anak Mama Saya
JAWAPAN
Hi Anak Mama Saya, apa khabar? Kak Gee harap anda sihat dan minta maaf kalau luahan ini baru dibalas, maklumlah #PMTepiKakGee memang dipenuhi dengan banyak masalah, permintaan nasihat dan luahan yang perlu Kak Gee selesaikan satu persatu dengan sebaik mungkin.
Okay setelah Kak Gee memahami luahan hati anda, Kak Gee ada beberapa pendapat dan kemudian saranan yang mungkin boleh Anak Mama Saya pertimbangkan.
Pertama, Kak Gee yakin anda sedar dengan pepatah dalam Islam agar selalu melihat dan memilih dengan siapa anda bergaul dan kawan kawan seperti apa yang ada di sekeliling anda.
Setelah anda sedar mengenai kelompok kawan kawan anda dan bagaimana setiap input mengalir dalam komunikasi juga pertemanan sehari harian, maka Kak Gee percaya anda sudah dapat melihat ke mana arah pergaulan anda.
Anak Mama Saya, sebenarnya untuk menolak tergoda dengan persekitaran apa lagi kawan kawan memang tak mudah. Tapi Kak Gee percaya anda mampu lakukannya untuk kebaikan dan hidup yang lebih aman juga tenang.
Nasihat Kak Gee mudah. Jika anda tidak boleh melakukan keputusan drastik seperti berhenti dari memiliki media sosial, maka kurangkan pergaulan dan rasa ingin tahu yang tinggi terhadap banyak perkara yang sebenarnya tak penting pun buat diri anda.
Mula dengan diri sendiri. Jika ada punya akaun Instagram, Facebook dan Twitter, mula kurangkan atau tidak lagi mengikuti kelompok kawan juga artis yang akan mengundang anda mencarut atau mengutuk mereka.
Jika tidak mampu berbuat demikian kerana mahu menjaga hati kawan, maka anda kena bijak mengawal emosi sendiri. Jadilah seorang kawan yang 'bijak' dan hanya duduk diam di dalam kelompok sebagai tanda menghormati.
Jaga jari, jaga minda dan kawal diri untuk memulakan hal yang tak baik. Selalu pesan pada diri sendiri bahawa semua yang dilakukan tak membawa manfaat dan Insya Allah Kak Gee percaya secara perlahan lahan sikap buruk itu boleh terkawal sekali gus terhapus.
Lakukan perlahan lahan dan mula cari kelompok kawan yang lebih tenang atau mengikuti akaun akaun media sosial yang banyak memberi faedah.
Hidup ini adalah pilihan. Semakin kita dewasa, pilihlah hidup kerana anda sendiri akan bahagia, bukan untuk membahagiakan orang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu kisah Anak Mama Saya, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video