Viral
#PMTepiKakGee: “Masa Cerai Dulu Tak Tahu Sebab Apa, Tapi Sekarang Nak Kahwin Balik Katanya Sebab Saya” - Gadis Terkeliru Dengan Alasan Ibu Bapa
Soalan:
Hai Kak Gee. Ibu bapa saya akan berkahwin semula. Patut ke saya happy? Tapi mereka bercerai ketika saya berumur 10 tahun. Kini saya dah berumur 23 tahun tahun ni.
Sebelum ini saya memang kurang kasih sayang ibu dan bapa selama. Tapi sekarang saya dah okay. Katanya kembali bersama sebab saya, jadi dulu bercerai sebab siapa?
Yang bertanya, Gadis Terkeliru
Jawapan:
Hai Gadis Terkeliru. Selamat Hari Raya Aidilfitri Kak Gee ucapkan. Nak memudahkan, lepas ni Kak Gee panggil Gadis Terkeliru dengan panggilan GT saja, okay.
Kak Gee faham bila dah masuk umur 23 tahun ni, GT sudah pandai berdikari. Jadi GT rasa macam tak perlu kasih sayang ibu dan bapa.
Sebenarnya berapapun usia kita, semua orang masih perlukan kasih sayang dari ibu dan bapa. Mungkin ibu bapa GT sekadar memberi alasan sahaja bahawa GT sebagai penyebab untuk kembali bersama, tapi soal jodoh memang kita tak boleh jangka.
Selepas 13 tahun bercerai, mungkin sekarang baru mereka sedar bahawa mereka memang pasangan antara satu sama lain. Ketika bercerai dulu, mereka ada sebab tersendiri, mungkin disebabkan kurang persefahaman ketika itu, mungkin juga dalam usia awal banyak dugaan yang melanda.
Kini mereka semakin dewasa dan Kak Gee rasa mereka juga tahu mereka mampu mengatasi masalah yang mendatang selepas ini bersama-sama.
Percayalah, bila GT sudah sambung belajar atau mungkin sudah bekerja dalam usia sekarang, mereka juga rasa kesunyian berjauhan dengan GT.
Kak Gee rasa GT tak perlu risau tentang mereka dan fokus kepada kehidupan GT. Suatu hari nanti, GT pasti perlukan mereka kembali dalam hidup GT. Kak Gee doakan semoga kali ini kehidupan keluarga GT lebih bahagia daripada sebelumnya.
Bergembiralah di hari yang mulia ini dan bergembiralah dengan keputusan ibu dan ayah untuk kembali bersama.
Salam sayang dari Kak Gee!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video