Soalan:
Salam Kak Gee. Saya kali pertama mengandung. Memang kami tak pernah merancang, tetapi saya tak sangka akan cepat dapat rezeki selepas berkahwin setahun yang lalu.
Saya anak yatim piatu, begitu juga dengan suami saya. Jadi saya tak ada orang yang saya dapat kongsikan perasaan saya. Walaupun saya banyak membaca, menonton video, kelas online, tetapi perasaan takut mengandung masih menghantui saya.
Dua minggu lalu saya dimasukkan ke hospital kerana darah tinggi naik mendadak. Saya resah, saya gelisah, saya takut, saya cemas dan macam-macam perasaan lagi Kak Gee.
Tolong saya Kak Gee.
Fida

Jawapan:
Waalaikumussalam Fida. Kak Gee faham sangat perasaan Fida apatah lagi Fida rasa seperti keseorangan dalam keadaan begini. Sebenarnya Kak Gee nak cadangkan supaya Fida berjumpa dengan doktor pakar. Mereka sangat arif dalam membantu ibu-ibu yang kali pertama mengandung.
Mesti ada perasaan takut itu, tapi Kak Gee percaya dengan pertolongan doktor pakar, Fida boleh mengatasinya. Sokongan suami juga sangat penting untuk mendengar masalah dan keresahan Fida walau sekecil mana sekalipun.
Kak Gee berterima kasih kerana Fida sudi berkongsi perasaan Fida dengan Kak Gee. Mungkin ada yang membacanya dapat berkongsi pengalaman mereka untuk memberikan semangat pada Fida. Percayalah, melahirkan seorang cahaya mata adalah satu pengalaman yang indah.
Kak Gee benar-benar berharap Fida akan mendapat nasihat daripada doktor pakar mengenai perasaan yang Fida alami. Sangat penting untuk kesihatan Fida dan bayi yang Fida kandung. Kak Gee doakan yang baik-baik untuk Fida. Salam sayang daripada Kak Gee!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!