Viral

#PMTepiKakGee: “Saya Tak Tahu Dia Anugerah Atau Ujian Dari Tuhan” - Gadis Keliru Bimbang Cinta Ditolak

Gempak Spot
09/05/2020
14:58 MYT
Soalan:
Masalah saya mungkin yang paling cliche dan banyak diluahkan kepada akak. Kenapa bila perempuan confess kat lelaki dulu, benda tu mesti jadi pelik dan peluang untuk direject adalah tinggi padahal kita punya ikhlas kepada dia? Yes I know that cinta tak boleh dipaksa tapi at least try belajar untuk sayang dia. Lepas tu kalau tak boleh sayang juga, explain lah elok-elok.
Actually kan kak ,saya dah penat dengar kawan-kawan saya kata yang "one day kau akan jumpa jodoh kau, jangan risau". Sumpah saya paling menyampah dengan ayat tu. So, sekarang ni saya ada kawan dengan seorang lelaki ni, kehadiran dia dalam hidup saya ibarat anugerah dari Tuhan ataupun salah satu ujian daripada Tuhan dan saya sangat keliru dengan benda tu.
Kenapa saya cakap yang lelaki tu anugerah dari Tuhan sebab hujung tahun 2018, saya ada confess kat one of my classmate after being crush dgn dia almost two years but turn out saya kena reject and dimalukan oleh dia. So, sejak dari hari tu saya berdoa dgn Tuhan untuk tutupkan hati saya dari suka sesiapa selain daripada jodoh saya sendiri and someone yang berfikiran matang sebab saya dah penat dengan lelaki tak matang.
Nak dijadikan cerita pada semester yang berikutnya, saya berjumpa dengan lelaki (anugerah) tu yang sama course dengan saya tapi saya tak pernah tahu kewujudan dia dalam course saya padahal course tu tak ramai lelaki.
So, kami start berkawan sampai sekarang tapi saya takut dia hanya anggap saya sebagai kawan sahaja dan mungkin layanan mesra dia terhadap saya hanya layanan seorang kawan. Patut ke saya cuba luahkan perasaan ini sebab bila saya bagi hint ,dia macam tak nampak? Tapi kak gee saya takut sejarah kena reject tu berulang. Sakit sangat perasaan tu.
I don’t know why saya luah benda nie kat akak tapi ada orang cakap kalau nak minta opinion better minta dari stranger sebab mereka akan bagi opinion yang general dan tak bias. So, I hope akak boleh tolong saya. Thank you so much and all the best for any work you do all time.
Another Gee
Jawapan:
Hi Another Gee, atau lebih mudah lepas ni Kak Gee panggil AG okay. Kak Gee nak bagitau AG masalah yang AG hadapi bukan masalah cliche. Hati perempuan macam kita ni cepat terguris dan kalau nampak kita yang terlalu sangat, orang kata perigi cari timba pulak.
Kak Gee boleh katakan sebenarnya AG beruntung kerana pernah melalui proses kena reject kerana walaupun sakit, tapi perkara tersebut yang membuatkan hati kita kuat dan kita tidak cepat mengalah.
Kak Gee tahu pedih perasaan itu, tapi AG kena ingat, dalam apa yang kita lakukan sekalipun, pasti ada ketika kita akan ditolak, tapi bangunlah dan bangkitlah untuk kita lebih yakin dengan kehidupan kita.
Tentang teman baru yang AG temui, mungkin AG boleh belajar dari peristiwa lalu. Tidak perlu tergopoh gapah untuk jatuh cinta dan inginkan orang mencintai kita. Sangat bagus kalau AG terus berkawan dan mungkin mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik.
Kak Gee sebenarnya lebih suka kalau AG tumpukan sepenuhnya pada pengajian AG terlebih dulu. Buktikan pada diri sendiri dan keluarga betapa AG ingin berjaya dalam hidup. Kak Gee tahu AG benci dengan ayat, “nanti akan jumpa orang yang sesuai” tapi sebenci manapun AG pada ayat tersebut, itulah hakikatnya.
Tidak guna memaksa sesiapa untuk jatuh cinta dengan kita kerana cinta itu pastinya tiada keikhlasan. Kita mahu seseorang jatuh cinta dengan kita kerana dia benar-benar sayang dan ingin hidup bersama dengan kita suatu hari nanti.
Kak Gee percaya AG punya kekuatan sendiri dan tak memerlukan orang lain untuk menjadi tempat sandaran hanya kerana AG rasa memerlukan seseorang dalam hidup ketika ini. Kalau benar-benar kawan lelaki AG itu adalah anugerah Tuhan, pastinya dia tidak akan ke mana-mana.
Jangan bimbang kalau dia tidak faham dengan ‘hint’ yang AG berikan kerana lelaki tidak semua sama. Ada yang perlukan masa, ada yang tidak nampak, ada yang tidak mudah faham. Nasihat Kak Gee lagi, teruskan dengan persahabatan yang ada itu kerana itulah perkara yang sangat indah buat ketika ini. Sama-sama saling membantu untuk berjaya dalam pelajaran. Jangan paksa cinta datang kalau bukan masanya lagi.
Kak Gee harap AG berjaya dalam pelajaran dan semoga lelaki yang hadir itu benar-benar menjadi anugerah buat AG satu hari nanti.
Salam sayang dari Kak Gee!
Itu permasalahan Another Gee, bagaimana pula dengan keluarga Narendra? Jangan lupa saksikan Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) bermula 23 April di Astro First saluran 480 dan On Demand.
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan keluarga Narendra yang mempunyai tiga orang anak iaitu Angkasa, Aurora dan Awan.
Filem popular Indonesia ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula 23 April.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Ibu Bimbang Anak Ketagih TikTok, Usia Baru 11 Tahun

gempak
02/07/2021
14:20 MYT
ini dilema para ibu bapa zaman sekarang
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Jiran Belakang Rumah Meninggal Sebab COVID 19, Mak & Bapa Masih Anti Vaksin

gempak
12/06/2021
05:30 MYT
aduhai jangan terpengaruh dengan khabar tak betul
PMTepiKakGee

PMTepiKakGee: "Saya Dah 7 Bulan Tak Ada Kerja" - Anak Bimbang Tak Dapat Bantu Keluarga

gempak
04/05/2021
14:29 MYT
Peritnya Tuhan sahaja yang tahu.
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : “Demam Sikit Covid, Batuk Sikit Pun Covid” - Pemuda Tertekan Rakan Terlalu Paranoid

gempak
28/04/2021
14:24 MYT
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Ayah Selalu Minta Lihat Pakaian Dalam, Bimbang Nak Beritahu Ibu

gempak
20/03/2021
15:25 MYT
Kak Gee rasa ini bahaya