Laman Utama

#PMTepiKakGee: Sedih, Semakin Dibenci Mak Mertua Selepas Kahwin

gempak
Syafiqah Jalal
05/08/2020
09:41 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee: Sedih, Semakin Dibenci Mak Mertua Selepas Kahwin
Soalan
Hi Kak Gee, saya baru sahaja sebulan berkahwin. Kami kahwin atas suka sama suka. Saya bahagia dengan suami tetapi dalam masa yang sama saya dibenci mak mertua.
Saya dibenci oleh mertua hanya kerana saya bukan menantu pilihan. Sebelum saya berkahwin dengan suami, mak mertua saya pernah mahu jodohkan suami saya dengan wanita lain.
Mak mertua saya suka akan wanita itu kerana dia berasal dari keluarga alim ulamak. Ketika itu, saya dan suami sudah pun berkenalan dan suami menolak untuk dijodohkan dengan wanita itu.
Mak mertua saya berkecil hati dengan suami saya kerana menolaknya dan dia pernah memberitahu dia tidak akan suka dengan wanita pilihan saya.
Suami saya berdegil dan tetap mahu menikahi saya. Nasib baik bapa mertua saya menyokong kehendak suami dan tidak menghalang perkahwinan kami.
Pun begitu, saya masih bersedih kerana selepas berkahwin mak mertua saya masih membenci saya lebih-lebih lagi saya tinggal sebumbung dengannya.
Apa sahaja yang saya buat, serba-serbi tak kena. Mak mertua saya sering memaki hamun saya ketika suami keluar bekerja. Saya sedih tak tahu apa lagi hendak dilakukan.
Shasya (bukan nama sebenar)
Jawapan
Hi Shasya, pertama sekali rasanya tak terlambat untuk Kak Gee mengucapkan selamat pengantin baru kepada awak dan suami.
Kak Gee simpati dengan nasib Shasya dan harap bersabarlah hadapi dugaan di awal perkahwinan ini. Bukan mudah untuk mengubah hati dan minat seseorang seperti mak mertua Shahsya ni, tapi Kak Gee percaya satu hari nanti dia pasti akan menerima Shahsya dengan baik.
Kak Gee rasa perkara pertama yang Shasya perlu buat adalah berbincang dengan suami. Beritahu serta luahkan kesedihan Shasya kepadanya.
Sebagai suami sepatutnya dia perlu mengambil tindakan daripada membiarkan perkara ini menjadi lebih buruk.
Suami Shasya sepatutnya menjadi orang yang boleh melembutkan hati ibunya. Minta dia berbincang dengan ibunya supaya cuba menerima kamu perlahan-lahan.
Kedua, mungkin Shasya perlu berpindah ke rumah lain dahulu bagi meredakan keadaan. Lagipun, adalah lebih baik tinggal di rumah berasingan dengan mertua untuk perbaiki hubungan itu.
Walau bagaimana pun, jangan lah lupa jenguk keluarga mertua pada hari minggu. Dan ketika menziarahi mak mertua tu, cuba ambil hatinya dan berbaik-baik dengannya.
Jika tidak mampu belikan apa yang dia suka, apa kata memasak makanan kegemarannya dan bawa ketika datang berziarah.
Kak Gee percaya jika Shasya bersabar dan terus berbaik dengan mak mertua disamping dibantu suami yang sentiasa memujuk ibunya pasti suatu hari hatinya akan berlembut.
Itu cerita Shasya, bagaimana pula dengan cerita Rose dalam Pelindung Seorang Puteri? Dengarnya sudah berkahwin dengan Saiful?
Saksikan Pelindung Seorang Puteri pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 28 Julai 2020 menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Drama 16 episod itu menampilkan pelakon seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, PU Riz , Zain Ruffedge, Jasmine Suraya dan ramai lagi.
Drama Pelindung Seorang Puteri mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut.
Adakah Firdaus (lakonan Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (lakonan Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (lakonan Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh.
Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut? Saksikannya dalam drama Pelindung Seorang Puteri.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live