SOALAN:

Assalamualaikum Kak Gee. Saya Izat, baru sahaja berkahwin selama setahun dengan isteri saya.

Di awal perkahwinan, saya dan isteri melalui dugaan yang hebat.

Kami mengalami peristiwa yang buruk dan hampir bercerai di minggu ketiga perkahwinan.

Rupanya, kami terkena sihir!

Akhirnya, kami berikhtiar mencari jalan penyelesaian dan dibantu oleh pakar perubatan Islam.

Alhamdulillah, dua minggu lalu genap setahun usia perkahwinan kami.

Namun begitu, pengalaman disihir kembali menerpa ingatan kami memandangkan kami masing-masing mengenang kembali perjalanan rumah tangga kami dari hari pertama.

Timbul keresahan dalam hati kami Kak Gee.

Kami cuba untuk membuang perkara itu dalam fikiran tetapi ia datang juga.

Apa yang perlu kami lakukan Kak Gee?

JAWAPAN:

Waalaikumsalam Izat. Pertama, Kak Gee ingin ucapkan tahniah di atas usia perkahwinan yang menginjak satu tahun.

Semoga perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke jannah tertinggi.

Kak Gee rasa bersyukur kerana Izat dan isteri mampu untuk mengatasi ujian disihir dan meneruskan ikatan utuh perkahwinan.

Apa yang berlaku, biarlah berlalu kerana yang telah terjadi hanyalah sejarah.

Mungkin kerana sambutan ulang tahun Izat dan isteri membuatkan anda berdua terfikir mengenai kejadian terbabit.

Bagi Kak Gee, apa yang ada dalam pemikiran Izat dan isteri hanya rasa was-was sahaja.

Cadangan Kak Gee, lakukan solat hajat agar Allah hilangkan segala rasa trauma dan apa yang tak patut kamu berdua fikirkan.

Allah mendengar rayuan hamba-Nya, Insya-Allah segala keraguan hati Izat dan isteri akan pergi.

Ingatlah, tiada yang hebat selain Allah kerana Dia maha berkuasa!

-

Itu kisah Izat, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?

Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.

Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!

Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!