Skip to main content

Hiburan

“Seluruh Dewan Tersentap” - Suami Mira Filzah Tersentuh Hati Dengar Ucapan Ayden Buat Bella Astillah

“Seluruh Dewan Tersentap” - Suami Mira Filzah Tersentuh Hati Dengar Ucapan Ayden Buat Bella Astillah
Advertisement

Suami kepada pelakon, Mira Filzah iaitu Wan Emir Astar meluahkan rasa sebak selepas mendengar ucapan menyentuh hati yang disampaikan anak kepada Bella Astillah, Ayden, pada majlis resepsi perkahwinan ibunya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Wan Emir menyifatkan ucapan Ayden sebagai sesuatu yang benar-benar memukau dan menyentuh perasaan semua tetamu yang hadir sehingga menyebabkan ramai menitiskan air mata.

Advertisement

“Ucapan Ayden benar-benar memukau dan menyentuh hati semua orang. Seluruh dewan tersentap. Ramai menitiskan air mata, termasuk isteri saya di sisi.

“Begitu matang jiwa anak kecil ini, cukup tulus dalam katanya,” tulis Wan Emir.

Tambah Wan Emir, Ayden turut berkongsi bagaimana dirinya menyaksikan pelbagai perubahan dalam kehidupan Bella, bermula daripada melihat air mata ibunya sehinggalah dapat melihat senyuman yang terukir di wajah wanita itu hari ini.

Advertisement

“Dia menyaksikan segalanya; daripada air mata Mommy yang dia tidak mengerti sebabnya, hingga senyuman Mommynya hari ini. Besarnya kasih seorang anak dalam kata-kata yang begitu sederhana. Moga rahmat kebahagiaan sentiasa mengiringi mereka sekeluarga,” katanya lagi.

Sementara itu, Mira turut menyifatkan Ayden sebagai seorang anak yang sangat matang dan bertuah.

“Anak yang sangat matang. Anak bertuah ni,” tulis Mira ringkas.

Terdahulu, Ayden mencuri perhatian ramai apabila menyampaikan ucapan menyentuh hati buat ibunya, Bella Astillah, dan Syed Saddiq pada majlis resepsi pasangan itu yang berlangsung pada Ahad.

Lebih menyentuh perasaan, Ayden menyampaikan ucapan tersebut bersama adiknya, Ara, sambil meluahkan perasaannya melihat perubahan dalam kehidupan Bella selepas kehadiran Syed Saddiq.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement