Nusantara

#PMTepiKakGee; Terkejut Hidap Kanser, Pemuda Dilema Mahu Beritahu Ibu dan Bapa

gempak
Gempak Spot
26/05/2020
08:19 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee; Terkejut Hidap Kanser, Pemuda Dilema Mahu Beritahu Ibu dan  Bapa
SOALAN
Salam dan selamat hari raya Kak Gee. Saya selama ini selalu muntah after makan. Pada awalnya saya ingatkan gastrik tapi bila saya check up dengan doktor. Keputusan agak mengejutkan yang saya ada masalah sebu perut (masalah penghadaman).
Namun kemudian doktor beritahu yang saya menghidap kanser usus perut. Saya sedih dan takut dan risau tapi saya redha diuji sebegini di awal usia 25 tahun.
Patutkah saya beritahu ibu dan ayah saya ? buat masa ni saya merahsiakan terdahulu penyakit ni sebab tak nak mereka risau.
Yang Benar BudakSakit
JAWAPAN
Waalaikumusalam dan Selamat Hari Raya Aidulfitri BudakSakit. Kak Gee harap saat ini anda berada dalam keadaan yang baik dan tahap kesihatan anda juga berada dalam keadaan yang okay.
Kak Gee tumpang simpati mendengar penyakit yang sedang BudakSakit alami saat ini. Kak Gee harap BudakSakit sudah dapat menerima kenyataan dan menghadam penyakit kanser yang adik ketahui ini supaya adik kuat dan mula berhadapan dengan kenyataan.
Jika BudakSakit mempertanyakan adakah patut anda memaklumkan perkara ini kepada keluarga? Jawapan Kak Gee adalah iya. BudakSakit memang patut memberitahu ibu dan bapa mengenai penyakit yang sedang anda hadapi ini.
Hal ini kerana doa ibu anda adalah paling mustajab dan doa bapa juga akan sentiasa membuat hidup adik selamat. Jangan rahsiakan penyakit ini daripada mereka berdua kerana walaupun mereka akan terkejut dan berasa sedih, namun BudakSakit tetap memerlukan sokongan daripada ibu dan bapa dalam keadaan sebegini.
Berkongsi dan tidak merahsiakan penyakit anda dari ibu dan bapa bukan sebab mahu meraih simpati atau membebankan mereka, tetapi ia juga adalah sebagai salah satu cara bagaimana orang orang tersayang dan terdekat anda dapat membantu dan menjaga serta menyokong anda dengan lebih baik lagi.
Cuma, ambil masa untuk memaklumkan khabar kurang enak ini kepada mereka sebab Kak Gee percaya ibu dan bapa pasti akan terkejut mendengarnya apa lagi anda baru berusia 25 tahun.
Dan Kak Gee nak ucapkan syabas kerana walaupun anda risau dan takut, BudakSakit tetap redha dengan ujian yang Allah beri kepada anda.
Adalah sangat penting untuk menjadi Redha kerana apabila redha maka anda akan dapat mengatur emosi dan kehidupan dengan lebih baik.
Terakhir sekali BudakSakit jangan lupa makan ubat dan mengikut saranan doktor dengan sebaiknya. Dan paling penting, yakin bahawa anda akan menjadi salah seorang pesakit kanser yang boleh sembuh dan akan berjaya melawan penyakit ini dengan sokongan keluarga.
Juga, jalani kehidupan dengan sebaik dan segembira yang boleh. Selalu bersyukur dan melihat hikmah di sebalik sesuatu yang Allah berikan kerana Allah tidak akan menzalimi umatNya.
Jaga diri ya BudakSakit, doa Kak Gee selalu bersama anda.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live