Terkini

PMX Sambut Baik Hasrat Pelaburan RM9.41 Bilion Google Di Malaysia

Gempak
30/05/2024
04:52 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pengumuman pelaburan asing ke Malaysia, susulan pengumuman gergasi teknologi Google di Malaysia sebanyak AS$2 bilion (RM9.41bilion) baru-baru ini.
Menerusi platform X, Anwar menjelaskan yang pelaburan tersebut bakal membawa kesan berganda kepada ekonomi Malaysia sekitar AS$3.2 bilion (RM15.07 bilion).

Sambut baik

“Saya menyambut baik satu lagi pengumuman pelaburan langsung asing ke Malaysia. Hari ini, Google iaitu sebuah syarikat teknologi utama dunia mengesahkan komitmen pelaburan sebanyak AS$2 bilion (RM9.41 bilion) bagi menyokong agenda Kerajaan dalam mempercepat dan melicinkan transformasi digital negara.
Hari ini, Google iaitu sebuah syarikat teknologi utama dunia mengesahkan komitmen pelaburan sebanyak USD2 bilion bagi menyokong agenda Kerajaan dalam mempercepat dan melicinkan transformasi digital… pic.twitter.com/osQj0dvaEg— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) May 30, 2024
“Pelaburan ini dijangka akan membawa kesan berganda kepada ekonomi Malaysia sekitar AS$3.2 bilion (RM15.07 bilion) dan perwujudan sebanyak 26,500 pekerjaan menjelang tahun 2030,” katanya.
Menurut Anwar, pelaburan terkait pusat data yang pertama bagi Google di Malaysia dan pembangunan rantau Google Cloud tersebut merupakan bukti bahawa perencanaan kerajaan yang jelas selain kekuatan ekonomi dan sumber negara menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur sedia ada dan baharu.
“Nescaya, ini meletakkan Malaysia sebagai antara negara utama dalam penggunaan dan perkhidmatan sokongan bagi perkhidmatan berteraskan teknologi digital.
“Dalam pertemuan secara maya bersama pengurusan kanan Google pada 6 Mei yang lalu, saya telah tekankan bahawa selain dukungan kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara umum, kerjasama strategik perlu ditumpukan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertanian.

“Ini penting bagi memastikan Malaysia dapat memanfaatkan kemahiran dan pendekatan berteraskan teknologi terkini,” katanya lagi.

Sumber: Platform X

ARTIKEL BERKAITAN: Duit Raya RM500 Untuk Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah!

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri

ARTIKEL BERKAITAN: Tunjuk Solidariti Buat Palestin Di Majlis Graduasi Di NYU, Netizen Bangga Dengan Anak PMX

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

A.R Rahman Bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Ini Hal Yang Dibincangkan!

gempak
10/07/2024
06:36 MYT
Meskipun jadual padat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bertemu dengan penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman di Bangunan Parlimen, semalam.
Berita

Mengangkat Tema Jihad & Perjuangan, Anwar Ibrahim Ajak Orang Ramai Hadir Pementasan Haji Murat

gempak
24/06/2024
11:55 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai bersama-sama hadir, ikuti dan hayati pementasan teater 'Haji Murat' yang akan dipentaskan selama empat hari di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, bermula Rabu ini.
Viral

Penurunan Harga Telur: Peniaga Lega, Bantu Kurangkan Kos Operasi

gempak
17/06/2024
15:00 MYT
Penurunan harga runcit telur ayam gred A, B, dan C sebanyak 3 sen sebiji berkuat kuasa pada Isnin memberi kelegaan kepada golongan peniaga terutamanya yang melakukan perniagaan kecil-kecilan selain turut disambut baik pengguna di seluruh negara.
Berita

Harga Runcit Telur Gred A, B, C Diturunkan 3 Sen

gempak
17/06/2024
08:21 MYT
Kerajaan memutuskan harga runcit bagi telur gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berita

Pasukan Keselamatan Negara Bakal Ambil Tindakan Keras Terhadap Gerombolan Pelampau, Ganggu Keamanan

gempak
21/05/2024
15:35 MYT
Pasukan keselamatan negara akan mengambil tindakan keras terhadap gerombolan yang menggangu gugat kententeraman dan keamanan negara ini.