Polis tidak menolak kemungkinan bekas penyanyi nasyid dan komposer terkenal yang ditahan kerana menanam pokok ganja dalam rumah sebelum ini, mendapatkan bekalan benih secara dalam talian.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sumber bekalan suspek berusia 47 tahun itu.
"Polis masih lagi menjalankan siasatan termasuk kemungkinan suspek membeli bekalan itu secara dalam talian," katanya kepada Astro Awani.
BACA: Penyanyi Nasyid Ditahan Polis Disyaki Terlibat Kes Dadah
Mengulas lanjut Mohamad Fakhrudin memberitahu, pihaknya masih dalam proses melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
Sebelum ini, polis mendedahkan siasatan mendapati, suspek dipercayai menanam pokok ganja di dalam unit kondominium didiaminya untuk kegunaan sendiri, sejak dua bulan lalu.
Ketika serbuan di kondominium di Damansara di sini, pada Khamis, polis turut merampas 17 pasu pokok ganja selain ketulan mampat ganja seberat 214 gram dianggarkan bernilai RM10,700.
Berdasarkan siasatan awal, suspek sudah lebih 10 tahun menjadi penagih aktif.
Suspek juga dipercayai menggunakan media sosial bagi mempelajari selok-belok memproses dadah tersebut.
Sumber: Astro Awani
Izwan Isa
Sun Mar 27 2022


“Bakal Dikecam, Dihina, Dimaki Tapi…”- Iqram Dinzly Berlakon Jadi Suami Yang…
Jahat sangat ke Iqram Dinzly?

Karaoke Superstar Minggu 5 - Highlight & Komen Juri
Layan teruk weh Karaoke Superstar Minggu 5! Korang enjoy tak layan? Kalau nak tengok lebih lagi...dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99/bln dan nikmati 60 HARI PERCUMA bila anda daftar secara online di astro.com.my #KaraokeSuperstar #astrogempak

“Tak Mintak Free. Tak Mintak Diskaun Pun. Class Act” - Pemilik Restoran Di London Puji Siti Bantu Promosi Kedai Secara Percuma
Memang ada kelas!

Ramai Teruja Aliff Aziz Kembali Berlakon! Comeback Dalam Jodohku Babysitter Dengan Intan Najuwa - "Tak Sabar Tunggu"
Jodohku Babysitter gandingkan Aliff Aziz dan Intan Najuwa!

Aiman Hakim 'Tertekan' Jadi Park Seo Joon Versi Malaysia - "Saya 'Diharamkan' Tengok She Was Pretty Versi Asal"
Aiman Hakim bintangi She Was Pretty versi Malaysia.

Dedah 2 Kali Terima Jemputan Haji, Alif Satar Gembira Ibu Bapa Terima Panggilan Dahulu
Alhamdulilah...

Mahkamah Kekalkan Ira Kazar Tak Boleh Ganggu Puteri Sarah
Keputusan terkini mahkamah

"Kita Takkan Biar Perlakuan Tak Senonoh ..." - JHEAT Siasat Video Pelanggan Peluk Wanita
Kedai viral di Terengganu dalam pemantauan..
.jpg?ext=.jpg)
Dahlah Disaman Bekas Pengurus RM13 Juta, Ricky Martin Didakwa Pula Lakukan Keganasan Domestik?
Dua masalah datang serentak!

"Moga Dapat Haji Mabrur, Istiqamah Bertudung & Tutup Aurat" - Netizen Panjat Doa Buat Nelydia Senrose
Semoga dipermudahkan.