Laman Utama

Polis Cadang Neelofa, PU Riz Dikompaun Langgar SOP

gempak
Azwa Rahman
13/04/2021
08:00 MYT
Sponsor Banner
Polis Cadang Neelofa, PU Riz Dikompaun Langgar SOP
Kertas siasatan berhubung majlis perkahwinan usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya sudah mencadangkan supaya kompaun dikeluarkan terhadap pasangan terbabit.
Timbalan Pendakwa Raya yang akan putuskan sama ada didakwa atau sebaliknya dan kami sudah serahkan kertas siasatan.
"Polis memberi cadangan untuk dikompaun," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Sebelum ini, polis dilaporkan membuka kertas siasatan membabitkan majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz.
Tambah Mohamad Zainal lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Pada 27 Mac lalu, Neelofa, 32, dan Haris, 26, selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Isu pelanggaran SOP pada majlis itu timbul selepas tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live