Seorang polis wanita gagal mengawal sabar dan marah terhadap suami sehingga sanggup membakar lelaki tersebut gara-gara mengetahui gaji bulanan yang diperoleh hanya berbaki sekitar RM230.

Wanita tersebut dikenali sebagai FN, 28, membakar suaminya yang juga seorang anggota polis, RDW, 28, di Kompleks Asrama Polres Mojokerto, Jombang, Jawa Timur, Indonesia.

Bakar

RDW diketahui mengalami kesan lecur dan terbakar sehingga 90 peratus meninggal dunia sehari selepas dimasukkan ke sebuah hospital, lapor Kompas.com.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Lelaki Bitter Dengan Kehidupan Intan Najuwa? Ini Respons Tuan Empunya Badan – “Tak Payah Berlagak Macam Kami Ni Kejar Duit Lelaki”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Saya Tak Ada Masa, Suami Tolong Gosokkan” - Syasya Rizal Dah Lama Niat Nak Bertudung, Kehidupan Makin Tenang

ARTIKEL BERKAITAN: Nahas Rombongan Guru: Salah Seorang Mangsa Sempat Video Call Suami Sebelum Nahas

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa Nenek Tak Restu, Ini Jawapan Syasya Rizal & Suami

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Keguguran Wanita Hamil Di Gaza Meningkat, Tekanan & Kurang Makanan Jadi Punca

Menerusi informasi yang diterima, FN telah memeriksa gaji bulanan suami menerusi ATM. Mangsa dipercayai menerima gaji sebanyak RM806.

Namun selepas memeriksa gaji RDW, FN mendapati hanya tinggal sekitar RM230.

Dia menelefon suami menyuruhnya pulang sementara dia membeli minyak dan menyimpannya di atas almari rumah.

FN juga dikatakan sempat mengugut untuk membakar tiga anak mereka jika suami tidak pulang ke rumah.

Pasangan itu kemudian dipercayai bertengkar di garaj sebelum FN menyimbah minyak dan membakar RDW.

Panik melihat suaminya terbakar, FN bersama jiran telah menghantar RDW ke hospital namun anggota polis tersebut meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.