Semenjak beberapa hari lalu, netizen heboh memperkatakan mengenai video rakaman seks luar tabii yang didakwa melibatkan seorang individu mirip menteri kabinet bersama seorang lelaki.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan video terbabit menafikan tuduhan video lucah yang tular diperkatakan ramai.
Dalam satu kenyataan media pada Rabu, Azmin menegaskan tuduhan yang dibuat oleh individu bernama Haziq Abdullah Abdul Aziz merupakan komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian beliau.
BACA: Azmin Nafi Terlibat, Dakwa Usaha Jatuhkan Beliau
Ramai pihak berpendapat isu yang timbul dan heboh diperkatakan ini menjadi sebahagian agenda politik kotor.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberikan pendapat tersendiri mengenai isu politik kotor yang sedang hangat diperkatakan.
Saddiq berkongsi pendapat terbabit menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.
“Saya seorang yang naif apabila mengandaikan zaman politik kotor sudah berlalu.
“Politik sepatutnya membuatkan kehidupan menjadi lebih baik, pertembungan idea dan prinsip, bukannya mengenai seks dan konspirasi.
“Tahu kenapa sesetengah golongan muda benci terhadap politik?
"Kerana ia lebih memusnahkan daripada apa yang dibina.
"Malaysia layak menerima perkara yang lebih baik," tulis Saddiq.
Sementara itu, bekas Menteri Belia dan Sukan yang merupakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut berkongsi pendapatnya mengenai politik kotor.
KJ memuat naik pendapatnya di ruangan Instagram Stories.
"Politik merupakan satu kerjaya yang mencabar.
"Kadangkala ia kotor. Kadangkala ia boleh menjadi sangat tercemar. Hari ini ia busuk, berada di kedudukan yang paling busuk.
"Kita telah pun trauma dengan fitnah yang berlaku suatu ketika dahulu. Adakah kita perlu mendedahkan tuduhan sedemikian pada generasi seterusnya dengan niat untuk menjatuhkan karakter seseorang?
"Hari ini, jika anda terlihat berita kotor mengenai politik, jangan pedulikannya. Perkara buruk seperti itu berjaya untuk menjatuhkan kalau kita beri perhatian,” tulis Khairy.

BACA: Klip Video Seks: "Saya Tak Percaya Ia Tulen" - Tun M
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penyebaran video seks yang dikaitkan Azmin merupakan agenda politik oleh orang tertentu.