Laman Utama

Positif Covid-19, Ed Sheeran Tak Tangguh Persembahan & Sesi Interview Tapi…

gempak
Syafiqah Jalal
26/10/2021
02:54 MYT
Sponsor Banner
Positif Covid-19, Ed Sheeran Tak Tangguh Persembahan & Sesi Interview Tapi…
Penyanyi popular antarabangsa, Ed Sheeran mengesahkan dirinya kini telah dijangkiti wabak Covid-19.
Menurut Sheeran, 30, dia kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.
“Nota ringkas ini memberitahu saya bersedih disahkan positif Covid-19.
“Sekarang, saya sedang menjalani kuarantin kendiri dan mematuhi garis panduan kerajaan,” maklumnya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Shape Of You itu berkongsi berita duka berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Dia berkongsi nota tersebut semalam.
Dalam pada itu, Sheeran terpaksa memberitahu segala persembahan dan sesi interview bersemuka terpaksa ditangguhkan.
“Ini bermakna saya tidak boleh memenuhi temujanji secara bersemuka.
“Jadi saya akan melakukan segala persembahan dan sesi interview dari rumah sahaja.
“Saya minta maaf mengecewakan anda. Jaga diri semua,” katanya lagi.
Pun begitu, penyanyi yang empat kali menerima trofi Anugerah Grammy itu tidak memberitahu dari mana wabak Covid-19 itu dijangkiti.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024