Berita
Potong Rambut Pakai Kapak
Mahu cuba gaya hipster terbaru? Mungkin anda boleh mencuba teknik potongan rambut menggunakan kapak!
Ya, ini bukan helah. Sepotong video yang memaparkan seorang lelaki sedang menunjukkan aksi hebat memotong rambut pelanggannya menggunakan sebilah kapak tular di Internet.
Video berdurasi 1 minit 18 saat itu telah ditonton lebih 760,000 pengguna dan dikongsikan sebanyak lebih 2,500 kali.
Netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap pelanggan dan tukang gunting rambut itu.
Antaranya memuji keberanian kedua-dua lelaki itu untuk memotong rambut menggunakan kapak dan ada juga yang mencabar untuk meniru aksi berbahaya itu.
Malah, ada juga yang mengecam video tersebut kerana didakwa menggunakan rambut palsu yang ditampal di bahagian tepi kepala pelanggan.
Apapun, jom lihat video aksi tersebut.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: ដំណឹង
Must-Watch Video