Berita
Presiden PAPITA Tiada Lagi
Penggiat seni tempatan hari ini berkongsi berita sedih apabila Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Pencipta Lagu Tanah Air (PAPITA), Datuk M Daud Wahid meninggal dunia jam 2.29 petang tadi.
Menurut status Zed Zaidi di Facebooknya, arwah menghembuskan nafas terakkhir di Hospital Shah Alam, Selangor akibat komplikasi jantung.
Arwah meninggalkan enam anak dan seorang balu.
Jenazah yang dimandikan di Surau Seksyen 9 Shah Alam sebelum di bawa ke kediaman arwah di Jalan Melayu Sungai Kandis Seksyen 36 Shah Alam.
Arwah yang berusia 75 tahun pernah mengidap kanser prostat sejak tahun lalu dan dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu kerana komplikasi jantung. Jenazah dikembumikan di Tanah Perkuburan Bukit Badak, Klang selepas solat Maghrib, seperti dilaporkan Utusan Online.
Arwah yang cukup dikenali ramai dalam kalangan penggiat seni sebagai pemimpin yang banyak memperjuangkan isu yang dibawa menerusi PAPITA.
Sepanjang kepimpinannya, arwah pernah membantu penggiat seni tanah air menerusi penganjuran pelbagai program hiburan antaranya Senandung Budaya dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
PAPITA antara badan bukan kerajaan tertua yang ditubuhkan pada tahun 1977.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Kosmo!
Must-Watch Video