Laman Utama

"Private Wedding, No Camera & Phone Allowed" - Neelofa Gurau Ingin Adakan Resepsi, Netizen Dah Mula Tak Senang Duduk

Amri Hassan
19/04/2021
07:55 MYT
Sekeping foto yang dimuatnaik di akaun rasmi perunding perkahwinan dan pereka pelamin, Rekateemor bersama pengacara Neelofa mencetuskan tanda tanya netizen.
Biarpun sudah dimuatnaik sejak seminggu lalu, ramai yang masih berteka-teki adakah pertemuan Neelofa bersama pasangan tersebut bagi membincangkan perancangan majlis seterusnya?
Malah, ada yang sudah mula membuat spekulasi pengacara wanita itu mungkin bakal mengadakan majlis resepsi kelak.
Tambah pula Neelofa sendiri ada menulis komen yang seakan-akan memberikan gambaran untuk majlisnya nanti.
"Private wedding... No camera and phone allowed," tulis Neelofa pada ruangan komen foto berkenaan.
Hal itu disokong oleh peminatnya yang menyifatkan tindakan itu tepat bagi mengelakkan fitnah terhadap majlisnya.
"Wah, untuk majlis resepsi pula ke?" soal seorang pengguna.
"Ya setuju. No camera allowed unless your own hired photographer. Lepas tu upload gambar-gambar selamat je. Ni kalau betul nak elakkan fitnah," tulis seorang pengguna.
"Alhamdulillah, good private wedding. No glamour, no," tambah pengguna lain.
"Ada baiknya juga. Panasla netizen Malaysia tak boleh nak cari mistake around majlis tu nanti. Semoga dipermudahkan semua dan dijauhi dari fitnah & hasad dengki manusia," doa pengguna lain.
"Private or public wedding, yang paling penting SOP kena jaga. You never know, got spies all around us," pesan individu lain pula.
Bagaimanapun, hal itu ditepis Neelofa sendiri. Katanya; "Kidding guys! Bertenang."
Neelofa dan Haris Ismail telah disatukan sebagai suami isteri pada 27 Mac 2021 lalu di sebuah hotel di ibukota.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

"Senaman Berat Waktu Malam Boleh Cetus Serangan Jantung" - Pakar

gempak
04/07/2024
13:50 MYT
Walaupun senaman amat digalakkan, namun senaman berat pada waktu malam boleh mengganggu kualiti tidur yang menyebabkan peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung bagi sesetengah individu.
Viral

Netizen Dedah Sikap Sebenar Pramugara Tular Wajah Awet Muda Usia 60 Tahun - “Baik & Murah Dengan Senyuman”

gempak
04/07/2024
07:00 MYT
Seorang pramugara syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menjadi tular baru-baru ini disebabkan wajahnya yang kelihatan awet muda.
Berita

Menyundal Dalam Kebun Sawit, Wanita Warga Asing Didenda RM2,800

gempak
04/07/2024
04:55 MYT
Seorang wanita warga Indonesia didenda RM2,800 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Muar, Johor atas pertuduhan menjalankan aktiviti persundalan dalam pondok di sebuah kebun sawit, bulan lalu.
Hiburan

Kes Rogol: Da'i Syed Tarik Balik Rayuan

gempak
04/07/2024
01:52 MYT
Pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membela diri atas pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lepas.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Apa Rasa Makan Kulit Durian Cicah Sambal Merah? Aksi Berselera Lelaki Ini Ditonton Lebih 4.5 Juta Kali!

gempak
03/07/2024
21:33 MYT
Lain macam brader ni makan kulit durian...