Pelakon dan penyanyi Janna Nick mencuri perhatian wargamaya apabila mempromosikan lagu terbarunya sambil sedang mandi buih di dalam tab mandi.

Menerusi laman sosial Instagram, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, memuat naik video yang asalnya dari platform TikTok itu untuk tatapan umum.

“JANGAN GATAL OK,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi kurang 20 saat itu, Janna dilihat berendam di dalam tab mandi yang dipenuhi buih sambil menunjukkan pelbagai aksi dan menyanyikan single terbarunya berjudul Gatal.

A post shared by Janna Nick (@jannanick)


Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa kurang selesa mereka dengan aksi mandi buih tersebut.

Bukan sahaja itu, perkongsian tersebut juga mengundang pelbagai komen yang tidak senonoh daripada segelintir golongan lelaki.

“Dulu tak macam ni pun,” ujar seorang wargamaya.

“Ampunkan kami Ya Allah, kurniakanlah kami rasa malu Ya Allah,” doa seorang wargamaya.

“Ni kira simptom sakit mental ke?” tanya seorang wargamaya.

“Teruskan usaha anda. Beginilah baru dinamakan artis,” ujar seorang wargamaya.

“Tak nampak apa pun, Husnuzon. Mungkin dia pakai baju putih kat dalam bathtub netizen sekalian,” sokong seorang wargamaya.

“Kak Janna ingat Allah, please tak elok buat content macam ni. Lelaki kat komen ni pun,” tegur seorang wargamaya.

“Mana la tak depression, awak yang mulakan dulu. Moga awak dapat hidayah. First time saya komen, terasa macam perlu juga komen, lama dah saya pendam,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 500,000 tontonan daripada warga Instagram.

Terdahulu, aktres Nora Danish teruk dihentam wargamaya setelah memuat naik foto mandi buih bersama suaminya, Nedim Nazri Aziz sehingga membuatkan dia memadam perkongsian tersebut.