Laman Utama

PRU15: KJ Sedih Tewas Di Sungai Buloh, Mahu Berehat & ‘Comeback Stronger’ Semula!

gempak
Shahrin Zulkifle
20/11/2022
10:30 MYT
Sponsor Banner
PRU15: KJ Sedih Tewas Di Sungai Buloh, Mahu Berehat & ‘Comeback Stronger’ Semula!
“Saya sudah lakukan yang terbaik, saya mahu berehat,” demikian kata-kata calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin yang ingin berehat dahulu, setelah penat menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Kesihatan dalam Kabinet yang lepas.
Biarpun telah tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Ramanan Ramakrishnan bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy atau mesra di sapa KJ berkata beliau sudahpun berusaha sehabis baik untuk rakyatnya.
“Pilihan raya adalah asas kepada mana-mana demokrasi yang berfungsi tetapi ia juga sesuatu yang memberitahu ahli politik sama ada mereka cukup baik atau sebaliknya.
“Saya rasa saya telah mencuba yang terbaik. Tetapi ternyata saya tidak cukup baik. Kehilangan adalah satu kerugian, tidak kira seberapa dekat datang pada rakyat atau seberapa ramai orang yang mungkin menyatakan kekecewaan atas kekalahan ini.
“Sebenarnya, saya letih, saya tidak mempunyai masa untuk berehat sejak saya diminta menguruskan wabak Covid-19. Dua tahun yang sukar untuk saya mengemudi negara keluar daripada penyakit itu,” ujarnya.
KJ berkongsi perkara tersebut menerusi muat naik terbaharu di Instagram miliknya.
Dalam masa sama, KJ berkata kekalahan tersebut bukanlah satu pengakhiran buat dirinya.
“Adakah ini penghujung jalan? Saya pasti ia tidak, tetapi saya ingin merenung perkara ini sebelum saya memikirkan apa yang saya patut lakukan seterusnya,” tulisnya.
Tambah KJ lagi, beliau turut berharap calon yang telah dipilih bertindak dengan penuh hikmah dan belas kasihan kerana negara memerlukan kestabilan dan kepimpinan lebih daripada sebelumnya.
Malah, beliau sempat berseloroh mengatakan waktu berehatnya dapat digunakan untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022.
“Saya menantikan Piala Dunia di televisyen,” selorohnya mengakhiri luahan itu.
Terdahulu, Khairy yang bertanding di kerusi Sungai Buloh tewas kepada calon PH, Datuk R.Rahman dengan keputusan 50,943 undi berbanding KJ yang memperoleh 48,250 undi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live