Proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kawasan dilanda banjir di Parlimen Baram berjalan mengikut jadual walaupun beberapa pusat mengundi terpaksa dipindahkan selepas dinaiki air.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Azman Ahmad Sapri berkata, Ketua Polis Daerah Marudi, Mohd Ruslan Mat Kib yang bertanggung jawab untuk kawasan Baram melaporkan, polis berkolaborasi dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan proses pengundian PRU15 di bahagian itu berjalan lancar.
"Sehingga kini saya tidak menerima sebarang (laporan) permasalahan (namun), kita akan sentiasa kemas kini (perkembangan terkini). Nanti petang kita akan keluarkan (kenyataan) selepas proses pengundian tutup (selesai)," katanya kepada media semasa meninjau proses pengundian di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang di Kuching, Sarawak.
Semalam, media tempatan melaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat keputusan sama ada pengundian di Parlimen Baram diteruskan hari ini atau ditangguhkan selepas cuaca buruk menghalang usaha menghantar petugas pilihan raya ke 24 daripada 194 pusat mengundi di kawasan Parlimen itu.
Sementara itu di MIRI, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau ketika dihubungi Bernama berkata pusat-pusat pengundian PRU15 di sekitar kawasan itu telah dibuka bagi membolehkan proses pengundian bagi Parlimen Baram berjalan seperti dirancang.
"Pengundian berjalan seperti biasa di kawasan saya, saya tidak pasti bagi kawasan lain di Baram bagaimana (keadaannya),” katanya ketika dihubungi Bernama pagi ini.
Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP) David Yeo yang berada di kawasan Long Lama ketika dihubungi turut mengesahkan proses pengundian di kawasan berkenaan sedang berjalan seperti biasa.
Parlimen Baram menyaksikan pertandingan antara penyandang Datuk Anyi Ngau yang mewakili GPS, Roland Engan daripada Pakatan Harapan dan Wilfred Entika Rebai iaitu calon bebas.
Sementara itu Mohamad Azman berkata polis telah mengeluarkan 3,108 permit sepanjang tempoh kempen PRU15, yang berakhir sebelum tengah malam tadi.
"Sebanyak 72 laporan polis dan 25 kertas siasatan telah dibuka dengan lapan tangkapan dibuat atas pelbagai kesalahan pilihan raya dan tangkapan ini tidak melibatkan mana-mana calon," katanya.
Sumber: Bernama
Foto: Harian Metro
Gempak
Sat Nov 19 2022
Chacha Maembong Confront Ruhainies, Nafi Bawa Mulut Fasal Bella Astillah! - "Kami Tak Rapat Pun, Itu Semua Tak Betul"
Pelakon Chacha Maembong pula tampil menafikan dirinya terbabit dalam kemelut membabitkan Ruhanies, Aliff Aziz dan Bella Astillah seperti dalam paparan skrin perbualan WhatsApp yang tular sejak malam Rabu.
Filem SHERIFF Dengan Kutipan RM100 Juta? Zul Ariffin Buka Rahsia Hampir… | GMW Highlights
Siapa dah tengok filem SHERIFF? Kalau belum, korang memang rugi sebab filem ni memang terbaik! Dengar apa yang Zul share ni!
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
The Hardest Singing Show Bakal Cabar Kreativiti ‘Shownmanship’ Peserta!
Astro mempersembahkan program realiti terbaharu, 'The Hardest Singing Show', sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan 'showmanship' sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.
Tiada Niat Kutuk Bella Astillah, Emma Maembong Akui Silap Tanya Ruhainies - “Saya Minta Maaf Sebab Jadi Kepochi”
Emma akui kesilapannya.
Sarah Yasmine Spill The Tea Lagi, Kongsi Mesej Romantis, Komplot Aliff Aziz & Ruhainies Nak Jatuhkan Bella Astillah?
Sekali lagi wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine menarik perhatian netizen di laman sosial apabila mendedahkan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.
Viral Di TikTok, Hazrat Muaz Disambar Jadi Pelakon & Pengacara! - "Mulanya Saya Buat Suka-Suka Je"
Hazrat Muaz terima tawaran berlakon dan mengacara.
Nadeera Lantunkan Lagu 'Udara', OST Drama Bersiri Framed Lakonan Meerqeen & Mimi Lana
Juara Big Stage musim kelima, Nadeera Zaini tampil dengan single terbaharu berjudul Udara yang menjadi runut bunyi drama bersiri Framed, lakonan hebat Meerqeen dan Mimi Lana.
“Kalau Ada Jodoh Dengan Zul Ariffin Ada, Kalau Tiada Maka Tidak Ada” - Gayatri
Penerbit filem terkemuka tanah air, Gayatri Su-Lin Pillai masih tidak mengesahkan khabar angin bahawa dia adalah wanita yang disebut-sebut bakal menjadi isteri aktor popular, Zul Ariffin. Ketika ditemui Gempak, Gayatri masih merahsiakan status sebenar hubungannya bersama Zul. Menurut Gayatri, dirinya lebih selesa untuk berdiam diri dan berpegan
Tak Sangka Jadi Viral Hiburkan Geng Traffic Jammed, Aishah Terkejut - “Siap Ada Yang Pusing Balik Nak Tengok”
Siap ada yang pusing balik tau.
Datuk Red Mengaku Gagal Jadi Suami Yang Baik – “Orang Tengok Mungkin Senang Untuk Kahwin Dua Tapi Sebenarnya..”
Usahawan, Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red akui telah gagal untuk menjadi seorang suami yang baik kepada isteri-isterinya.