Laman Utama

PU Abu Nafi Tumbuk Mata Hana Azraa, Kini Dalam Proses Bercerai

gempak
Amri Hassan
09/02/2021
09:49 MYT
Sponsor Banner
PU Abu Nafi Tumbuk Mata Hana Azraa, Kini Dalam Proses Bercerai
Pendakwah bebas, PU Abu Sufyan menafikan dirinya telah menumbuk mata isterinya, Hana Azraa hingga lebam seperti yang didedahkan di Instagram baru-baru ini.
BACA: Mata Lebam Teruk Sampai Biru-Biru, Netizen Tanya Hana Azraa: :Siapa Pukul?"
Jelas PU Abu, lebam pada mata Hana bukan kerana dipukul sebaliknya berlaku kemalangan kecil.
"Oh mata Hana itu bukan ditumbuk atau dipukul oleh saya mahupun sesiapa tetapi berlaku kemalangan kecil," katanya menerusi Instagram Stories.
Dalam pada itu, PU Abu memberitahu dia dan Hana belum lagi bercerai sebaliknya sedang menunggu tarikh perbicaraan pada April ini.
"Buat masa sekarang belum bercerai lagi tetapi dalam proses tarikh perbicaraan mahkamah sepatutnya 19 April.
"Disebabkan PKP dia tertangguh. Apapun doakan yang terbaik," tambahnya.
Terdahulu pada April tahun lalu, Hana mendedahkan sudah diceraikan PU Abu selepas mendirikan rumah tangga pada Mei 2019.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Uwais Al-Mateen pada Februari 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024