"Waa si dia masih like (tanda suka) post Lofa, semoga jodoh sehingga ke Jannah."

Itu komen salah seorang netizen selepas menyedari posting terbaharu pengacara dan usahawan Neelofa mendapat tanda suka dari Pencetus Ummah, PU Riz.

Entri tersebut menunjukkan gelagat bekas hos MeleTOP ketika berbincang mengenai Nilofa Group bersama kakitangannya.

"@nilofagroup for 2021. Moga Allah berkati segala usaha dan rezeki kami," tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam foto itu juga, tidak kelihatan cincin di jari manis tangan pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor.

Terdahulu, pelbagai spekulasi mengenai hubungan Neelofa selepas ibu dan adik-beradiknya berhenti mengikuti PU Riz di laman sosial Instagram (IG).

BACA: Ibu & Adik Beradik 'Unfollow' & Delete Foto Pertunangan..Viral Whatsapp Dakwa Pu Riz, Neelofa Sudah Bernikah?

Pada Isnin lalu, Neelofa akhirnya bersuara menafikan semua pertuduhan mengenai dirinya.

BACA: Neelofa Nafi Sudah Berkahwin, Beri RM100,000 & Terkena Minyak Pengasih Dari PU Riz

Neelofa dilaporkan sudah dirisik oleh Riz pada 1 November lalu di kediaman keluarga Neelofa.